ISMAIL SABRI PUNYA ANGKARA - BN JANGAN SEDAP DUDUK





Piliharaya kecil DUN Tenang ada buaya dalam kubang! jangan sangka kubang tiada buaya. Nanti putus kaki. Baru sedar,  ada banyak kelemahan BN. Pertama kerana terlalu yakin akan menang.

Punya bahalol Ismail Sabri naik harga minyak buat apa?. Walaupun Ron dan diesel naik lima sen tetapi secawan teh naik 20 sen !. Semua naik puluh-puluh sen. Janji dahulu tidak naik paling tidak 2010. Sekarang pergilah serang semua kedai-kedai dan restoran yang naik harga barang-barang.

Tahu ke sekarang orang berpendapatan serdahana kebawah sana sini mengeluh harga barang naik?. Tetapi mereka tidak boleh kata apa hanya diam diri. Buat apa pendapatan naik sedikit tetapi harga barang naik membukit.

Percaya sangat pada lapuran Merdeka Centre yang makan upah itu. Kalau sampel kajian yang mereka sudah pilih orang yang sudah tentu menyokong 100peratus pun boleh jadi. Kalau tiga empat universiti buat kajian keputusannya hampir sama barulah boleh yakin. Ini nak tanya dari mana fund Merdeka centre itu buat kajian.

Satu ketika dahulu kerajaan banyak tanya rakyat apabila hendak buat keputusan besar-besar. Sekarang kenapa Ismail Sabri tidak tanya rakyat. Zaman kerajaan serba tahu sudah kembali berkuku ke?.

Kalau kalah DUN Tenang PRK nanti. Ismail Sabri harus bertanggung jawab.

Tiada ulasan: