PATPATSIKULIPAT VS WZWH ISU RESTHOUSE JERANTUT

INI DIA BANGUNAN HOTEL YANG KAMI MAHU GANTI
RESTHOUSE JERANTUT

Selepas kala sembahyang tarawikh kala melawat beberapa laman blog Jerantut. Laman blog WZWH membidas laman blog patpatsikulipat yang agak baru dan cukup popular diJerantut hari ini. Cepat-cepat kala pindah kelaman blog patpatsikulipat dan membaca serta melihat memang benar terdapat 65 komen bermacam tentang penyewa resthouse Jerantut.

Kala meneliti hujah WZWH ketika membidas patpatsikulipat, tetapi kebanyakan hujahnya hanya menyokong KS sebagai penyewa bukan berdasarkan fakta sebenar yang menjadikan masyarakat jerantut tidak puas hati dan memberikan komen yang sebegitu berani dan beramai-ramai. Barangkali mereka lebih tahu dari WZWH fakta sebenar.

Beberapa orang ahli Majlis yang ditemui menerangkan kepada kala, ketika DO pada waktu itu Dato' Aziz, penyewa asal Kenny tamat tempoh kontraknya resthouse itu dikosongkan dan banyak perkara seperti talian letrik, talipon, bilik air rosak. Begitu juga kelengkapan lain seperti katil, tilam, tv dan lain dibawa keluar oleh Kenny.

Sebut harga untuk penyewa baru telah dibuat, beberapa orang masuk membuat sebut harga. Atas pertimbangan KS orang kuat UMNO dan ahli Majlis, Dato' Aziz bersetuju dengan sewanya yang agak murah berbanding dengan penender lain. Lagi pun, ada banyak perkara harus baiki, jika sewa tinggi akan membebankan penyewa untuk membantu bumiputera naik dalam perniagaan. Pada waktu Kenny sewaannya adalah RM4000 sebulan. KS dipersetujui RM2000 sahaja sebulan.

Oleh kerana banyak kerosakan dan memerlukan modal yang besar maka KS mengadap DO untuk dapatkan bantuan Majlis. Tetapi Majlis tidak ada peruntukan untuk membaiki resthouse dalam belanjawannya. Do bersetuju meminta bantuan kerajaan negeri sebanyak RM200 ribu. Bila jaminan DO itu agak positif,  KS terus melantik kontraktor Syarikat Masmira ( Bendahari Wanita UMNO) dan memberi tahu Masmira peruntukan sudah lulus. Pada hal baru permohonan.

Atas kepandaian KS meyakinkan Masmira maka Masmira bersetuju menjalankan kerja-kerja membaiki kerosakan, membeli katil, tilam, TV dan sebahagiannya dalam bentuk wang tunai diminta oleh KS. Semua dokumen tersimpan oleh Masmira waktu kala menemui mereka dan melihat sendiri salinanan cek tunai dan resit-resit tunai pembelian. Masmira mengeluarkan kesemua RM200 ribu tersebut.

Masmira menghantar tuntutan pembayaran kepada UPEN sejumlah RM230 ribu. Tiba-tiba ada satu tuntutan lain pula dihantar oleh KS atas nama syarikat  X berjumlah hampir sama. Kemudian datang lagi tuntutan atas nama pengusaha (Suami KS) sendiri jumlah hampir sama. Jadi ada tiga tuntutan kepada kerajaan negeri mengikut rekod Pejabat Daerah yang kala periksa jumlah tiga tuntutan itu RM 711 ribu. Inilah yang memeningkan UPEN dan akhirnya kerajaan negeri dan pejabat Daerah Lepas tangan. Mengapa jadi begitu? Yang terinaya adalah Masmira !.

Setahun selepas operasi, KS meminta sewa dikurangkan. Ahli Majlis bersetuju turun RM1500. Masuk tahun kedua minta kurang sewa lagi. Ahli Majlis bersetuju dikurangkan hingga RM1000 sebulan dan bagi diskaun atas baki tertunggak sebanyak 50% selama dua tahun.Tetapi tidak bayar juga. Masuk tahun ketiga, ahli Majlis membincangkan satu proposal dari KS minta supaya dibagi free selama 25 tahun tidak payah dia bayar sewa kerana alasannya dia mengeluarkan modal RM200 ribu membaiki resthouse tersebut. Kepala bapak dia.  Ditolak oleh Ahli Majlis. Dia merayu keatas, pada katanya pada Menteri Besar.

Dalam hal ini kisah Masmira tidak timbul lagi. Masmira kerugian RM200 ribu tanpa ada sebarang belaan. Hampir jatuh bangkrap. Nasib baik Allah swt tolong selamatkan dapatlah kontrak memasak diSekolah Tahap. Tetapi Masmira tetap menuntut wangnya dari DO, Majlis dan kerajaan negeri turun tangga, naik tangga pejabat berkenaan. WZWH tahu ke tidak ianya jadi kes mahkamah tuntutan saman Masmira?.

Masuk tahun keempat kala difahamkan semua ahli Majlis memberang memaki hamun KS dalam mesyuarat penuh Majlis.  Sangat marah dipermainkan begitu rupa. Satu keputusan undian semua berdiri sebulat suara mendesak supaya Majlis Daerah dan Kerajaan negeri Pahang menamatkan kontrak sewa berkenaan. Semua ahli Majlis menanda tanganinya untuk dihantar keMB dan SUK Pahang.

Kisah ini telah menjadi buah mulut orang Jerantut hingga musa penjual petai pun tahu cerita sebenarnya. Jadi WZWH tidak perlu menegakan benang basah. Apa yang patpatsikulipat tulis itu ada kebenarannya. Tulislah apa yang benar.

Cadangan Hotel yang WZWH itu tidak tajam visionnya. Rakyat Jerantut tidak mahu bangunan yang tidak begitu canggih seperti yang WZWH idamkan. Selera orang Jerantut lagi tajam. Mereka mahu 7 stars hotel seperti gambaran diatas. WZWH masih tidak dapat meneroka hati nurani orang Jerantut. Jika bangunan itu yang ditonjolkan dalam hayalannya tidaklah sehebat mana. Cuba bezakan yang atas dengan yang bawah ini. Hayalan Resthouse WZWH. Itu kan lebih kurang rumah pangsa kos rendah DBKL sahaja rupanya. Mati dengan hayalan sahaja lah pemimpin UMNO.

Jadi WZWH harus belajar mencari fakta bukan dari satu sudut sahaja.Walaupun kala hanya lulus spm grade 3 tapi kala mencari banyak angle untuk masuk campur sesuatu hal.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya dgn cerita merapu2 wzwh ttg hotel 7 star dan shangri la nk buat hotel di taman negara, beserta kononnya dh luluskan cadangan hidro tekal, maka layakla kita meragui kewarasan wzwh....

guana deme?

Tanpa Nama berkata...

WZWH tak berapa waras dan banyakmeracau je macam orang demam panas hihihi.

bumi samarata berkata...

Bukan mudah hendak bawa pembangunan. Kita kena praktikal dengan keadaan setempat. Itu saja yang boleh komen TQ

Tanpa Nama berkata...

Memang patut resthouse itu di ganti baru. Bukan shj bangunannya, tetapi pengendali atau penyewanya jugak mesti melalui proses tender yg lebih telus. Dah terlalu lama sgt ketidakadilan berleluasa di Jerantut ni weh, yg tidak nampak atau disorok hanya Allah yg mengetahui, tapi yang terang & nyata tanpa sebarang tindakan apa2 pun mcm mana pulok?..hmm Wok Itam aje lah yg untung. Keh tengok dekor dlm resthouse tu pun, takde selera..Omputih kata tasteless & not condusive at all.How to attract people to come & stay there? Free-loader like Wok Itam make me sick!

MN

Tanpa Nama berkata...

WZWH jika kurang fakta atau hanya kelabu asap sesuatu isu jangan tulis. Bila orang pukul balik nampak kita tak buat research. Macam tak valid saja MBA tu sebab tulisan WZWH tak banyak meracau.

44slipat berkata...

Hoi.. wZWH tak tahu fakta jangan campor. Tulis cerita puteri zaman dulu sudah.

Helang Buana berkata...

Cg Pian mucul dengan blognya "Laksamana Jebat".
Sebarkan kepada semua kwn2 blogger. Kita gegar kan Jerantut demi Bangsa , Agama , dan Negara.

sri tribuana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Betul, stb kita sedih kenapa orang seumpama ini dlayan sedangkan lebih ramai lagi orang yang mampu bayar sewa itu. menyampah

Wan Zamzuri Wan Hasenan berkata...

Salam Sangkakala,
Dari penjelasan panjang lebar terutama apa yang berlaku dalam mesyuarat Ahli Majlis Daerah Jerantut, WZWH sudah dapat mengaggak siapa Sangkakala ini yang sebenarnya...ekekekekeke

sangkakala berkata...

WZWH boleh agak tapi jangan menuduh. Bila keluar dalam bentuk tulis atau sebut itu tuduh.
kalau silap orang guana?. Silap makan penampor. Ini blog hantu OBO. orang bukan orang. keh..keh,.keh.. Maklumat mesuarat majelis itu seme orang tahu. pasai wook itam, lepas ,esorat ahli majelis dah crta kedai kopi berhari2. ahli majelis bukan mulut tempayan seme. ahu hu hu. Pantat belaka ahli majelis tak boleh selesai masalah wok itam keling itu.