RESTHOUSE JERANTUT - 4 TAHUN TIDAK BAYAR SEWA

MAJLIS DAERAH JERANTUT KENA TEGAS


Majlis Daerah Jerantut diseru mengambil tindakan tegas terhadap penyewa Rumah Rehat Jerantut kerana tidak membayar sewa masuk empat tahun dari tarikh mula beroperasi. Sangkakala banyak mendengar sungutan orang ramai kerana tidak puas hati terhadap pilih kasih MDJ dalam kutipan sewa ruang niaga kelolaan MDJ.

Masyarakat awam merasa hairan mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap penyewa setelah menjangkau empat tahun sedangkan gerai-gerai kecil jika tidak dibayar sewa dalam masa tiga bulan dikejar sampai kelubang cacing.

Kami difahamkan bahawa penyewa itu adalah 'anak emas' kerajaan negeri Pahang kerana setiap kali Majlis Daerah membuat keputusan untuk menarik balik kontrak sewaan itu orang diatas tidak bersetuju dan peniaga itu dibenarkan berniaga tanpa sewa diteruskan.

Penyewa itu difahamkan dapat bertahan kerana beliau adalah pemimpin UMNO Bahagian, dan seorang ahli Majlis Daerah dimana sering mengadakan mesyuarat memutuskan untuk menarik gerai-gerai yang disewakan kepada orang lain untuk dibatalkan sewaannya.

Tindak tanduknya itu telah menjadi perbualan masyarakat serta menjejaskan imej Majlis Daerah serta UMNO kerana double standard dalam menjalankan peraturan dan kepentingan umum. Kami difahamkan juga bahawa setiap kali mesyuarat Ahli Majlis membangkitkan isu itu sejak tiga tahun yang lampau tetapi masih tidak berkesan.

Syarikat Masmira yang mengeluarkan modal mengubah-suai, membaik pulih serta memasukkan kelengkapan resthouse itu termasuk perabut setiap bilik tetamu pada mula tarikh operasi itu dimulakan oleh penyewa mengalami kerugian lebih RM200,000 sampai sekarang tidak berbayar. Hal ini tidak pernah diambil perhatian oleh pihak atasan sehingga berlaku penginayaan.

Sampailah masanya Majlis Daerah mengambil tindakan tegas terhadap penyewa, agar harta awam tidak dijadikan seolah-olah milik peribadi oleh penyewa. Dicadangkan agar bangunan itu ditender semula kepada penyewa yang jujur, amanah dan mampu.

Tiada ulasan: