Pemimpin UMNO semakin nampak golongan bloggers adalah kumpulan yang boleh membantu menaikan semula imej UMNO walau pun agak lewat. Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri dalam pertemuan dengan Ketua-ketua Penerangan UMNO semua peringkat dari Bahagian dari seluruh Malaysia, telah menyeru UMNO supaya menggunakan media alaf baru dalam menyerang dan menangkis serangan parti lawan.
Setiausaha Agung UMNO juga menyuarakan agar pihak blogger dan pengamal media baru supaya membantu UMNO untuk sama-sama menaikan imej UMNO kerana media dari parti lawan meletakkan UMNO serendah-rendahnya seolah-olah tidak berjasa kepada rakyat dan negara.
Oleh kerana UMNO baru mula melibatkan pengamal media baru sudah tentu kurang pengalaman tentang perjalanannya. Oleh itu, pemimpin UMNO harus mengambil langkah berbincang lebih serius dengan golongan kepimpinan media baru dari masa kesemasa. Sebagai contohnya salah satu dari kumpulan media baru yang mempunyai jawatan kuasa yang kemas adalah Blogger Pembela Negara ( BPN ) serta ada beberapa lagi organisasi blogger pro kerajaan.
Tidak guna menyeru dari jauh kerana dalam dalam memperkemaskan jentera tidak semudah itu. Jika pemimpin ini dijemput berbincang dalam menentukan hala tuju sudah tentu mereka akan rasa dihargai serta mereka dapat mengemaskan gerakan organisasi masing-masing sehingga keakar umbi.
Sejauh ini ada negeri-negeri yang mempolitikan golongan media baru dengan cara yang tidak kena. Berlaku pinggir meminggir dan ada pihak yang dibelakangkan. Bloggers bukan seperti mengendalikan pertandingan UMNO !. Jika berlaku demikian akan berlaku suara yang tidak sekata dan akhirnya blogger pembela negara jadi blogger penghentam pemerintah. Ini harus diingat bahawa setiap ahli media baru mempunyai kebebasannya tersendiri jika mereka tidak diambil peduli.
Serahkan kepada pengamal media baru bagi mereka bebas menetapkan kepimpinannya. Orang yang lama dalam bidang ini sangat berpengaruh bukan sahaja didalam negara malah mereka mendapat sambutan dari luar negara.
Harus dingat bahawa golongan media baru ini tidak seperti anggota media konvensional atau media tradisi. Mereka itu berkerja dibayar gaji. Ahli- ahli media baru adalah golongan berkarya tanpa bayaran apa-apa melainkan niat mereka untuk membantu. Jika mereka tidak dihargai, mereka juga tahu sendiri kekiri atau kekanan.
Tugas kepimpinan hanya menerima mengemaskan organisasi yang ada dan dinasihatkan jangan campur tangan dalam urusan dalaman mereka. Mereka tahu siapa pilihan mereka untuk memimpin dan cara mereka menetukan kepimpinan mereka tidak sama dengan parti-parti politik. Jangan politikan bloggers.
1 ulasan:
Salam tuan,
Esok posting ini akan saya angkat dalam blog beranikan hati, terima kasih dan teruskan menulis ~ BH
Catat Ulasan