TAMBAH AHLI PEMUDA JANGAN RETORIK

BUKTIKAN KEBENARAN KATA-KATA

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut akan mencari 2700 orang ahli UMNO dalam senarai parti Bahagian itu yang masih belum mendaftar pemilih, jangan retorik sahaja. Sebaliknya kena membuktikan bahawa jumlah itu menjadi sifar kira-kira hujung tahun ini.

Memang sah bahawa ahli UMNO yang masih belum mendaftar itu adalah golongan muda yang memang layak pemuda mempastikan mereka mencarinya sedaya upaya. Jika ditunggu lebih lama lagi angka itu akan meningkat pada tahun hadapan kerana mereka yang berusia 20 tahun tahun ini akan meningkat umur 21 tahun hadapan.

Kes 2700 orang ahli ini harus ditutup segera supaya ia tidak menjadi isu tertunggak dari tahun ketahun. Bukan sahaja 2700 dalam senarai itu menjadi sasar5an malah lebih ramai yang tidak menyertai UMNO juga tidak mendaftar pemilih. Ini sangat merugikan undi orang melayu jika tidak ada inisiatif dari seluruh pimpinan UMNO.

Jadikan daftar pemilih itu sebagai ajenda utama pemuda sebagaimana yang dinyatakan oleh pemuda. Jika tidak berjalan juga bermakna pemuda hanya pandai bercakap dan kerjanya makan tidur. Prestasi pemuda UMNO Jerantut sangat bergantung kepada pencapaian itu sebagai gambaran pemuda UMNO masih hidup dan dikenali sebagai sayap yang berkesan.

Tiada ulasan: