KJ masih memberontak kerana kerajaan menolak cadangan pemuda UMNO supaya mahasiswa dibenarkan berpolitik. KJ mengatakan Kerajaan kuno. Beberapa pihak nampak KJ sudah jadi suara ketua pemuda Pakatan Rakyat.
KJ jangan jadi bodoh. Kerajaan tidak kuno. Kerajaan akan menjadi kuno jika ikut kehendak pemuda. Apa tidaknya, jika mahasiswa berpolitik universiti akan jadi sarang politik. Pelajar-pelajar ramai yang tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran. Akhirnya kerana semua kejar pada politik pelajaran gagal. Bila ramai gagal tidak ke mereka itu kuno?. Ideanya dari mana ? datang dari pemuda UMNO zaman KJ. KJ kuno lah.
Kerajaan dah ada sejarah kuno sebelum adanya AUKU. Hoi bro, bacalah sejarah sikit. Betul lahir beberapa kerat pemimpin hasil dari bebas tersebut. Tetapi yang bagaimana jika seperti Anwar Ibrahim yang mengkhianat negara dan bangsa itu. Itukah bentuk pemipin yang dilahirkan. KJ, sedar ke bahawa saudara itu bukan dibesarkan diMalaysia dan banyak perkara yang awak tak faham tentang orang melayu. Pemuda pilih awak jadi ketua pemuda itu kerana mereka faham poket awak. Janganlah mengada-ada.
Jawatan ketua pemuda UMNO itu datang dan pergi. Universiti itu kekal selagi ada matahari dan bulan. Parti mana pun memerintah universiti tetap berjalan. Jangan kerana ingin melonjak dalam kedaan lemas maka kepala mahasiswa dipijak untuk bernafas semula.
Ini cina duduk hentam melayu ini, apa kerja pemuda?. Kalau orang melayu awak tidak boleh bela, ketua pemuda apa?. Ini orang sibuk fasal FDI kurang ini, pemuda langsung tak peduli. Macam-macam cerita dalam MIDA dan siboyak Jalilah Baba itu pemuda ambil tahu ke?. Pergh.......pERGh... !!!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan