SAYANGILAH BANDAR KITA
Bandar Jerantut berubah wajah sejak tiga bulan kebelakang ini. Jerantut kelihatan bersih, segar, ceria dan selesa didiami kerana udara nyaman jauh dari industri berasap, beracun dan merbahaya kepada kesihatan. Semua pihak berpuas hati dan banyak meluahkan rasa gembira mereka dihalaman facebook.
Mengubah wajah bandar lama dengan anika warna menambah menarik lagi kawasan antik itu. Majlis Daerah difahamkan telah memberi subsidi kepada pemilik kedai untuk mencantikan bangunan antik itu supaya menjadi tarikan pelancung luar negara yang bertumpu dibandar lama itu.
Pasar minggu yang dahulunya berlamparan dengan semak samun selepas tamat perniagaan hari minggu telah serta merta dibersihkan. Jalan-jalan dalam bandar jarang kelihatan sampah-sarap serta daun-daun berterbangan manakala rumput rampai kelihatan hijau dan dipotong rapi.
Tanah-tanah kosong, serta bangunan yang dahulunya sengkuak dengan semak samun, terbiar, naik belukar telah dibersihkan. Contohnya bangunan Majlis agama Islam, tanah persendirian ditepi sungai Nahar dan lain-lain. Hanya Resthouse masih semak dan tidak berbayar sewa walau pun sudah 4 tahun !. sial. Haram jadah.
Waktu malam lampu-lampu mula bersinar diserata-rata pasti suatu hari bandar Jerantut akan bergemerlapan pada waktu malam. Beberapa bahagian dalam bandar sibuk pada waktu malam. Restoran, gerai makan banyak yang beroperasi sampai kepagi. Jerantut tidak sukar untuk mencari makanan halal atau haram pada waktu malam.
Semuanya ini harus diberi pujian kepada Yang Di Pertua dan Setiausaha Majlis Daerah yang baru bersama kakitangannya yang komited dengan tugas mereka. Sangkakala hanya mengulangi apa yang ramai luahkan mulut kemulut serta tercatat didalam halaman facebook.
Peniaga-peniaga dan orang ramai harus menghargai usaha itu. Jangan jadikan Jerantut tempat buang tabiat habat dan pengotor. Kedai-kedai, restoran dan gerai-gerai harus bersih jika mahu disenangi pelanggan. Baru duit banyak masuk. Pasar basah juga jangan jadi lautan limbah dengan air hitam dan hanyir. Pasar ayam pula jangan jadi sarang musang dan muka penjual ayam nampak macam musang. Mesti teratur, bersih dan tidak berbau.
Pujian ini wajar diterima oleh mereka dengan hati yang terbuka dan diharap memberi motivasi kepada mereka untuk berkerja lebih baik lagi. Sangkakala Takut juga pujian ini terlebih pam nanti kembang tidak tentu arah jadi bandar Jerantut balik keasal. Semak dan comot. Tahniah dan teruskan, tidak mustahil bandar Jerantut boleh jadi salah satu bandar tercantik diMalaysia.
6 ulasan:
Salam. betoi kata anda.Memang bandar jerantut sudah berubah.Tahniah kepada pihak majlis daerah atas usaha mereka.Tapi selama ni majlis daerah tido ke?Siapa majlis daerah dulu?
Sdr TN
Tidak payahlah kita sebut-sebut yang dulu, mungkin pada ketika itu tumpuannya lain. Tetapi Majlis sekarang dia selalu baca blog dan facebook, jadi dia sensitif sikit pada sungutan orang ramai yang utama. Sebenarnya pegawai-pegawai kerajaan ini kalau lama sangat satu-satu tempat mereka akan bosan dan banyak idea mereka hilang.
Salam Tanpa Nama 16.40 dan Sangkakala,
S/U Majlis Daerah sekarang sedara WZWH sebab itu bagus cara kerja pengurusannya. Memang tepat sekali YB Dato' Wan Amizan bawa balik sedara WZWH dari Kuala Lipis tu ke Jerantut.
WZWH,
Terima kasih sdr mengaku S/u majlis saudara wzwh asal ada nama awal Wan... Tambahan pula dia bagus. Tetapi setahu kami bila ada kesilapan sikit semua jadi tidak bagus dan dedah pada orang ramai. Lihat kes Dato Wan bakar dll. Itu sebab ramai kata awak tak berapa sium. huhuhu........
2. setahu kami pertukaran setia-usaha majlis diseluruh Pahang dirombak secara besar2an, tidak pernah berlaku sebelum ini kerana kerajaan negeri mahukan jawatan di- jadikan ianya lebih terbuka. Siapa boleh tukar dimana sahaja. Jadi tidak timbul kerana ada orang lain usaha untuk bawa su sekarang kejerantut. Ia berlaku proses biasa dalam pentadbiran.
3. Itu juga orang fikir sdr WZWH putus selai wire !. Janganlah bagi tahu orang pegawai yang baik dibawa balik oleh sianu dan yang pegawai masalah ditukar kerana sianu. Sebab anu bukan nepoleon.
4. Sdr wzwh. percakapan kita, perbuatan kita, perangai kita ini sebenarnya dinilai sentiasa oleh masyarakat dalam tempoh yang panjang. Jika kita dikata orang putus wire pasti kita marah. Jadi kita menjadikan orang lain melihat kita sedemikian. Berhati..hati...
Sebaik..baik kita adalah berserdahana dalam semua perkara.
Allah swt suka pada keserdehanaan.
WZWH,
Betul kata Bukit atap itu. Jadi pemimpin bukan sekolah tinggi shaja. Orang tengok kita every angle. Susah nak betul kalau orang lebel kita 'pungko', tak sium, waya putus, kulat, bangbu, dll.
jika sudah menjadi satu amalan,tabiee,amat susah untuk merubah,berpurapura tukar watak boleh dilakukn tetapi takkan lama,akan berbalik asal amalan itu kerana,itu lah tabiee,dia akan terkeluar juga perilaku asal walau pn kita berpurapura.....kalau dah amalan dan cara kita memungkar,menipu,bangga diri,suka mencerca,memaki,membuka aib orang,itu juga lah perkara yang akan di buat walau pun kita cuba merubahnya didalam kedaan tertentu,......DAH MENJADI GAYA HIDUP DAN TABIEE..... TAK KIRA SIAPA,ORNG TERNAMA,YB,TAK TERNAMA, MISKIN,KAYA KER KAYU KER,ITULAH CARANYA....... TQ
Catat Ulasan