Satu lagi terbongkar barah Sime Darby apabila berhadapan dengan risiko perlelongan tanah ladang seluas 48,000 hektar ( lebih dari 125,000 ekar) di Indonesia. Sebahagian dari keluasan tanah itu berada diKalimantan sedang rancak mengeluarkan hasil apabila mencecah umur tanaman lapan tahun.
Jika berlaku perlelongan Sime Darby akan mengalami kerugian beratus juta berdasarkan kos premium tanah, perladangan, imfra, pembinaan kilang, serta penagawasan. Ini disebabkan hasil dari memilih pelaburan yang tidak berhati-hati dan melabur dalam skala besar sekali gus kerana ada 'moral of business' disebalik pelaburan itu.
Bila kita difahamkan bahawa sebab-sebab perlelongan itu kerana masalah bayaran ukur, bukan masalah ukur itu yang tidak dapat diselesaikan. Masalah itu sangat kecil. Tetapi yang tidak dapat dibayar itu adalah apa yang terkandung didalam tanah berkenaan. Ia melibatkan berbagai-bagai pampasan yang bukan-bukan, dituntut oleh berbagai pihak.
Sime Darby tidak mendalami masalah-masalah syarikat Malaysia yang banyak melabur sebelum ini di Indonesia sejak tahun 1980an lagi, pulang tangan kosong dan modal yang ditambun habis hangus kerana berbagai masalah yang timbul. Ada syarikat waktu melawat tanah telah ditunjukan terbentang luas, tetapi bila selesai pembayaran premium surat kelulusan yang diberikan adalah tanah laut terbentang.
Ada yang mendapat hak milik tanah penuh dengan tanah perkampungan rakyat lndonesia. Ada yang masa memohon itu sangat pasti tanah kosong kerajaan tetapi bila dilulusan, ada kelulusan dan hak milik pihak lain pula. Bertukar pemimpin, bertukar geran hak milik. Indonesia mempunyai 3000 buah pulau, kakitangan pengurusan tanahnya bersusun-susun. Ada kala kelulusan tidak sampai kepentadbiran pusat dan adakala kelulusan pusat tidak sampai ke wilayah.
Sepatutnya, jika Sime Darby berhati-hati, mereka melabur dalam skala yang kecil dahulu. Tetapi lebih gemar memindahkan wang secara besar-besaran sekali gus, maka kesannya datang kemudian hari. Inilah yang dikatakan 'moral' tadi.
Keputusan mahkamah yang lebih tinggi tidak memihak kepada Sime Darby dan dalam keputusannya mengesyorkan tanah itu dilelong untuk membayar hutang, adalah secara mendadak Sime Darby berhutang pula. Dan sudah tentu hutang itu sangat besar jumlahnya.
Akan ada pihak yang tangan kosong dengan sehelai kertas akan mendapat wang besar tersenyum dan beragih dengan ketawa besar kah.. kah... kah.... Sime Darby GLC Malaysia gigit jari, silap-silap menanggung hutang lagi kerana nilai tuntutan lebih besar dari nilai pelaburan. Beginilah kalau tidak jujur dan telus mengendalikan hak awam.
Kerajaan tidak boleh melepaskan mereka begitu sahaja, dan tindakan mesti ketahui oleh pihak awam juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan