MIDA adalah egensi kerajaan Malaysia yang dibentuk bagi menggalakan pelabur menanam modal dinegara ini. Kemasukan pelabur sangat bergantung kepada ketulusan, kecekapan dan sifat mesra pelabur kakitangan MIDA.
Pegawai-pegawai yang dinamik bukan sahaja memproses permohonan untuk FDI sebaliknya mempromosi, melobi para pemodal untuk melabur dinegara ini. Kita harus ingat semua negara didunia ini termasuk negara kaya seperti Amerika Syarikat sendiri melobi pelabur supaya memindah modal kenegara berkenaan.
Selepas September 11, minat negara Teluk untuk melabur di Amerika dalam bentuk saham perindustrian, bon telah berubah mencari sasaran baru diAsia. Manipulasi yahudi terhadap sistem ekonomi US membawa kepada subprima telah menghaibkan banyak pelaburan pelabur-pelabur negara Teluk menambahkan lagi hilang keyakinan mereka di US.
Ini mengalih perhatian dan pemikiran negara-negara Teluk untuk mencari tapak baru diAsia. Mereka melihat Singapura, Brunei dan Malaysia adalah lapang yang baik untuk melabur. Bagaimanapun, Singapura lebih telus dalam melayani pelabur. Mereka menerima pelabur dengan mudah dan fleksibel. Kedua, adalah Brunei kerana tidak banyak pihak yang membuat keputusan.
Kebelakangan ini nama Malaysia agak menurun kerana sikap kita yang tidak mesra pelabur. Satu kesilapan kita, berita boleh tersebar meluas kerana orang yang mempunyai wang sangat sensitif pada maklumat sebelum mereka masuk melabur.
Barang diingat bahawa sesuatu pelaburan yang besar mempunyai skop kerja yang besar juga. Tidak semudah memasang pelita atau lampu neon. Mereka memerlukan masa untuk membuat pelan perancangan benar-benar kongkrit. Kita juga harus faham bahawa pelabur negara-negara Teluk bukan datang secara individu sebaliknya mereka datang secara konsortium dalam bentuk modal. Mereka melantik pakar-pakar luar yang berkait dengan bidang mereka ingin melabur. Agak sukar bagi kita memahami budaya dan pemikiran mereka yang cepat berubah. Cara orang kaya berfikir.
Mereka sudah tertanam sifat prejudis bahawa Malaysia adalah 'negara tumbuk rusuk' kerana ranking dunia kita agak boleh tahan. Mereka sering mengatakan bahawa MIDA banyak agenda. Malah dalam mesyuarat-mesyuarat pun mereka sinis dalam hal ini.
Kita juga jangan lupa bahawa dinegara ini ramai penyanyi lagu 'rasuah' dipentas antarabangsa. Musuh dalaman ini tidak senang jika FDI meningkat kerana kononnya dalam hubungan antarabangsa Malaysia kurang diyakini. Mereka takut kerajaan sedia ada berjaya dalam membangunkan ekonomi, mengatasi pengangguran, menjana cukai hatta mereka lebih suka semua rakyat tidak berpendapatan baik. Peluang ini akan dieksploitasi secukupnya untuk setiap pilihanraya umum.
Kita harus memberi masa kepada pelabur untuk mereka selesa menanam modal bukan dengan cara merusuh dan mengugut mereka dengan berbagai alasan. Kita terlalu cepat untuk membuat keputusan yang tidak menguntungkan kita sendiri. Bagi pelabur mereka, tidak rugi apa-apa kerana bagi mereka, dunia ini terbentang luas.
Rumah kaca dapat melihat bagaimana cara MIDA mengendalikan cara pelabur masuk kenegara ini khususnya dari negara Teluk. Walaupun dapat melihat dari jendela yang kecil tetapi terbentuk satu persepsi yang sukar dipadam.
Berdasarkan penarikan balik lesen pelaburan ' Malaysian Gulf Petroleum' yang akan melabur lebih USD 5 Bilion dan tertubuhnya satu syarikat yang seakan-akan sama bunyinya nama syarikatnya dari Serawak dalam masa yang bertingkas boleh ditafsir berbagai oleh negara-negara Teluk dan rakyat Malaysia.
Kembalikanlah lesen itu kerana nampak mereka amat serius merayu. Tutuplah cerita ini bagi meyakinkan bahawa MIDA mesra pelabur. Beri masa yang baik untuk mereka. Ia boleh meningkatkan angka FDI secara mendadak untuk diumumkan, satu kejayaan kepada MIDA egensi yang berkesan menarik FDI.
Rumah kaca mempunyai cukup bukti untuk dipaparkan dan ia pasti akan meletup !. Ia pasti akan merubah egensi itu secara drastik. Rumah kaca berani kerana benar.
1 ulasan:
menarik mana dapat berita ni.saya dah lama menunggu berita pasal Gulf petroleum ni dijangka beroperasi di Port Dickson...dijangka 4000 peluang perkerjaan akan diwujudkan dari projek ini..rupa-rupanya tersangkut di MIDA..macam ada agenda sendiri je MIDA ni...apalah MIDA ni sepatutnya mengalu-alukan pelabur tapi nak hijack pelabur
Catat Ulasan