Mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir bahawa FDI mencatatkan penurunan 81 peratus pada 2009 berbanding pada tahun sebelumnya adalah bersifat sementara, adalah satu harapan kerajaan dan rakyat Malaysia. Bagaimana pun, ia bergantung kepada iklim ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang.
Adalah diakui bahawa jumlah pelaburan tahun lalu RM4.43bilion berbanding RM23.47bilion pada tahun sebelumnya. Berbanding pula dengan negara jiran, masih dapat mengekalkan tahap 27 bilion keatas, memang Malaysia nampak terserlah jelas samada angka dalaman mahupun rakan sebaya di Asia Tenggara kita sayup dibawah.
Ahli-ahli ekonomi telah memberikan berbagai sebab yang sangat munasabah sebelum ini samada dari sudut pandangan ekonomi, politik dan sosial merangkumi soal makro dan mikro tidak perlulah diulangi disini.
Sebaliknya, kita harus benar-benar melihat kedalam diri kita sendiri dalam mencari punca mengapa FDI semakin liat untuk pelabur mencurahkan modal mereka dinegara kita. Kita harus mengakui bahawa ada kelemahan dalam diri kita semasa kita bersaing untuk merebut 'duit didalam poket orang'. Tidak berguna kita melihat persekitaran luar tetapi kita lupa untuk mengkaji kelemahan dalam organ utama ekonomi kita dalam kontek FDI.
Kita harus ingat bahawa para syarikat multinasional mempunyai rangkaiannya tersendiri walaupun mereka bersaing tetapi tentang maklumat mereka tetap berkongsi. Perkongsian maklumat ini samada dalam bentuk percakapan, grafik dan bahasa badan.
FDI bukan untuk negara-negara membangun seperti Malaysia sahaja memerlukannya. Negara maju juga memerlukan FDI, setidak-tidaknya untuk imbangan perdagangan dalam salah satu cabang ekonomi, aliran masuk dan aliran keluar.
Ini bermakna, kita harus menerima dan mengutamakan apa jua bidang pelaburan yang boleh mengalir masuk kecuali pelaburan yang 'rejected' dinegara maju kerana merbahaya kepada publik, memecah perlindungan kepada industri tempatan dan lain-lain sektor langsung tidak menguntungkan negara dan rakyat dalam jangka pendek dan panjang.
Oleh itu, tanpa mengeluarkan apa-apa contoh kenapa kita menurun FDI pada kali ini, bermuhasabahlah diri kita sendiri dan bertanya apakah salah diri kita sehingga terpaksa mencari banyak jawapan untuk diberikan kepada umum mengapa kita tidak dipilih.
MIDA adalah badan penggalak Pelaburan. Adakah kita telah memainkan peranan ini sebenar-benarnya ? jika benar mengapa orang diluar berbisik hal kita?.
"Berikanlah 1000 sebab kenapa kami menjadi pilihan" kepada pelabur. Bemula dengan kami jujur, kami telus, kami bersabar, kami memahami, kami tiada kepentingan, untuk rakyat, untuk negara, masa hadapan kami............. seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan