FDI MEROSOT -DATUK JALILAH BABA HARUS BERUNDUR

Kemersotan aliran masuk FDI kenegara ini banyak dikaitkan dengan Ketua Pengarah MIDA Datuk Jalilah Baba. Rata-rata komen pedagang luar mengatakan mereka tidak minat untuk melabur diMalaysia kerana ketua pengarah itu tdak telus, berkepentingan besar dan banyak keranah.

Ramai pelabur yang telah membuat keputusan untuk menanam modal disini berpatah balik kerana keranah ketua pengarah itu. MITI sebagai kementerian yang bertanggung jawab, harus juga memeriksa perkara ini kadang-kadang suara halus pelabur juga mesti diambil kira. Tidak ada kah pegawai-pegawai lain yang lebih berwibawa untuk menangani MIDA jika ketua Pengarah sekarang bermasaalah?.

MITI tidak guna mengistiharkan angka-angka positif jumlah pelaburan yang akan masuk tahun ini jika tidak ada pembetulan dalaman  terhadap organisasi yang diharapkan untuk menyambut pelabur dengan penuh kemesraan sebagai rakan kongsi membangunkan ekonomi negara.

Kedudukan seorang pegawai yang terlalu lama kadang kala bukan menambah baikan sebaliknya memburukan lagi keadaan. Jika disektor koperat seseorang pegawai itu harus mengosongkan kerusinya jika ia tidak membawa hasil kepada organisasi bisnes berkenaan. MITI tidak harus konservatif dalam mengatur kaki tangan seperti kementerian lain kerana MIDA adalah 'first impression' kepada pelabur dari luar negara.

Tiada ulasan: