Sangkakala tertarik untuk kembangkan mesej ini lalu di C&P dari blog Karok sepenuhnya. Mesti baca !!. Klik : http://karokmalam.blogspot.com/
Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab.Majid, Timbalan Dekan Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menasihatkan UMNO supaya menjadi 'hero' dalam institusi masjid jika mahu kekal memerintah adalah satu saranan yang bernas dan sangat praktikal.
Selama ini UMNO hanya menjadi hero dalam 'instusi balai raya' atau juara pentas. Walau pun ada kadang kala, tenggelam timbul ingatan terhadap pentingnya institusi masjid, tapi hanya hangat diatas meja mesyuarat atau sekadar sembang kedai kopi sahaja.
Satu kelemahan UMNO masih memegang prinsip bahawa peranan masjid itu hanya diserahkan kepada orang agama sahaja. Tradisi tidak mahu mencampur adukkan agama dengan politik menebal dalam fikiran orang UMNO. Kelemahan ini telah dieksploitasi oleh Pas. Mereka menguasai masjid. Bertitik tolak dari aktiviti agama itulah mereka menjadikan masjid sebagai markas utama gerakan kepartian mereka sepanjang waktu.
Apabila ada hebahan tentang mesyuarat agung memilih kepimpinan masjid biasanya diadakan selepas solat Jumaat, Orang UMNO tidak ambil pusing malah mereka dulu terjun tangga masjid mencari slipar untuk pulang tergesa-gesa. Setiap tahun jika ada pemilihan tinggallah jemaah dikalangan mereka yang cenderung kepada PAS. Maka menanglah semua Ahli Jawatan Kuasa Masjid itu orang PAS.
Pemimpin UMNO bukan tidak cakna kepada masjid. Mereka boleh dikatakan sebut sahaja apa sumbangan kepada masjid biasanya tidak berkira. Tetapi segala sumbangan itu menjadi modal untuk membunuh UMNO secara halus dimana orang UMNO tidak ambil berat. Bila negeri-negeri yang jatuh ketangan Pakatan Rakyat, orang UMNO langsung tidak peduli kecuali hari jumaat atau ada majlis yang dianjurkan oleh jawatan kuasa. Datang menampak muka!.
Bukan tidak ada masjid dikuasai oleh orang UMNO tetapi boleh dibilang dengan jari, barangkali hanya secara kebetulan pemimpin UMNO itu orang agama. Jika dalam masa UMNO kuat perkara ini tidak menjolok punggung. Bila UMNO nampak lemah, institusi masjid itu memukul UMNO menjadi bertambah lemah.
Sejak merdeka itulah realitinya. Orang UMNO tidak berminat untuk menjadikan institusi masjid sebagai medan kepimpinannya. Sekarang, agak sukar untuk mengubah sikap yang sudah berkarat itu. Ada negeri-negeri kepimpinan masjid itu dilantik oleh kerajaan negeri bukan melalui mesyuarat agung pemilihan. Keadaan itu agak lebih selamat, kerana mereka memegang jawatan atas amanah kerajaan dan orang ramai. Bagaimana pun ia bukanlah atas karisma kepimpinan yang menjadi pilihan masyarakat.
Pemimpin UMNO mesti berubah. Mulalah dengan Perdana Menteri , menteri kabinet, ahli parlimen dan wakil rakyat serta pemimpin-pemimpin UMNO mengorak langkah memegang satu jawatan kepimpinan masjid dimana ia bermastautin. Walau pun alasan sibuk, payah, kekok dan tidak biasa ayuhlah sebagai langkah pertama. Jadikan ianya sebagai KPI seorang pemimpin. Pasti payah, tetapi tidak mustahil boleh berubah.
Siapa mahu bertanding jadi calon ? Jawatankuasa masjid mana? berapa lama? berapa kariah? maka merebaslah orang UMNO memegang jawatan kepimpinan diinstitusi masjid. Aduhai.... PM sudah pegang jawatan kuasa masjid Putera jaya dan satu masjid diPekan. Tersungkur sembamlah para menteri kabinet mencari masjid minta jadi jawatan kuasa. Akhirnya berlaku politik wang merebut jawatankuasa masjid!. Kan hebat ! bila UMNO bersungguh-sungguh.
Nanti akan ada ditubuh pula wanita masjid, pemuda masjid dan puteri masjid. Jadi akhirnya mesyuarat UMNO bahagian dan cawangan banyak dibuat dimasjid. Jadi orang UMNO tidak lagi boleh berbohong dan skandal kerana senang disitu. Siapa yang buat hal sahaja ayuh kehadapan sumpah Quraan terus dimimbar masjid. Jadi Dato' Sri Anwar dengan sendirinya masuk belukar dan tidak mahu berpolitik lagi dikalangan politik orang melayu. Kerana dia takut sangat bersumpah. Sebab setiap kali kali mesyuarat orang minta dia bersumpah sebab dia buat banyak hal.
Nota Sangkakala:
Boleh ke pemimpin-pemimpin UMNO jadi hero masjid. Cuba bayangkan Tengku Azlan nak pergi mesyuarat jawatankuasa masjid diringi oleh Zali SU, Hj Roasted, Dolcap dan Halicap. Dalam masjid pun ampu juga hak...hak...hak...Entahlah, huk....huk....huk.... ramai orang komplen kut sangat pagarnya mereka itu. Bagilah peluang orang ramai nak jumpa privacy sikit woi... dah tiga penggal dah tak puas lagi ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan