SEKALI AIR BAH PASIR PUN IKUT BERUBAH

CARA LAMA MEMBERIKAN PEMBANGUNAN


Cuba baca sajak yang pernah disiarkan dalam utusan zaman November 1954 sama tidak dengan apa yang berlaku sekarang?.

          PAK UTIH.

                      l.

Punya satu isteri mahu dakap sampai mati
lima anak mau makan setiap hari
teratak tua digayuti cerita pusaka
sebidang tanah tandus untuk huma.

kulit tangan tegang berbelulang
biasa keluarkan peluh seminggu segantang
kerja sejak subuh sampai maghrib menjelang
basuh tangan makan nasi sama garam.

Ketika sembahyang khusuk doanya
rezki minta dimurahkan
umur minta dipanjangkan
limpah kurnia minta dilanjutkan.

Malaria senang menjenguk sampai ketulang-tulang
Isteri panggil dukun cegah hantu jembalang
sembur jampi dengan serapah mentera
ketika pulang dibekalkan dengan ayam putih dara.

                           ll.

Dikota pemimpin berteriak senang:
Pilihanraya dan kemerdekaan
kemakmuran dan keadilan
jambatan mas rakyat berjalan.

Ketika kemenangan bersinar gemilang
pemimpin atas mobil maju kedepan
buka dada lihat orang lambai-lambai tangan
sana sini adakan jamuan makan
nasi putih ayam panggang didepan
datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.

Pak Utih masih menanti dengan doa
bapak-bapak pergi kemana dimobil besar?.

Catatan penulis:

1.  Bila PM datang keJerantut, seminggu semua pegawai-pegawi kerajaan kalang kabut, repair jalan, cat jambatan, pasang lampu, korek lobang, pasang bilboard, bersih rumput, potong lalang, dan berbagai lagi. Bila PM balik, ada jalan tar pun tak siap, kontraktor untung berganda !

2. Bila PM datang, semua bersiap, wakil rakyat pun panggil semua ketua-ketua, mesyuarat dari pukul 9.00 pagi sampai 4.00 petang tidak makan tengah hari. Kumpulkan semua kehendak rakyat dikampung masing-masing. Bila PM balik, semua baliklah. Lapuran pun balik jugalah kekampung. Yang kebandar pun kebandarlah.

3. Mengapa begitu?. Masing-masing mahu tunjuk muka buat kerja. Takut nanti, tiba-tiba ada yang gila-gila melantun depan PM mengadu. Begitulah jika KDYMM Sultan berangkat datang. Semua kecut perut dan masing-masing bersengkang mata.

4. Orang Ulu Tembeling sabarlah dan berdoa. Nampaknya kita tonton wayang lamalah juga.




1 ulasan:

sembang kedai kopi berkata...

Salam.Nak buat macam mana.Itulah kalau kita terlalu memikirkan parti sangat.Undi Parti kita semenjak merdeka tapi hidup kita masih macam belom merdeka.