Banyak Bahagian UMNO berjalan tempang jika ditinjau semasa mesyuarat Agung sepanjang bulan Julai 2010 ini. Mengambil contoh Bahagian Sungai Petani, Bahagian Bukit Bendera, Bahagian Kelana Jaya dan banyak lagi akan kedengaran. Itu berdasarkan berita-berita yang dipaparkan dimedia. Jika diteliti satu persatu, sudah tentu lebih banyak lagi bilangannya.
Ketempangan ini berlaku kerana banyak faktor. Ia bergantung kepada persekitaran tempatan. Antara satu bahagian dengan bahagian yang lain tidak sama. Perkara ini banyak berlaku dinegeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat jika kita melihat model diatas iaitu diPulau Pinang, Kedah dan Selangor. Walau bagaimanapun dinegeri yang masih dikuasai BN berlaku tetapi belum sampai meletup.
Kepimpinan pusat UMNO tidak wajar membiarkan perkara ini berterusan sehingga pilihanraya umum ke 13. Apa kah UMNO ingin terus bergantung kepada kerangka yang sudah robek untuk menghadapi peperangan politik yang lebih besar, menentukan hidup mati?.
Telah banyak pihak mencadangkan hampir sekata. Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi berpendapat UMNO mesti di over haul. Pandangan itu betul dan mesti dipertahankan. Rumahkaca adalah rumah rakyat yang mendalami hati nurani rakyat terbanyak. Tidak ada jalan lain bagi UMNO untuk memberi nafas baru kepada kekuatan UMNO melainkan mengadakan pemilihan UMNO pada tahun hadapan (2011). Hentikanlah tradisi menunggu selepas pilihanraya umum. Cara itu hanya berkesan jika dilakukan ketika UMNO benar-benar kuat.
Mengikut perlembagaan parti tahun hadapan genap tempoh tiga tahun proses pemilihan dari 2008. UMNO patut menyusun semula kepimpinan mengikut tempoh disamping dapat mengukuhkan UMNO dengan ramai tokoh-tokoh baru yang sah bagi menyesuaikan parti dengan tuntutan zaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan