Berdasarakan maklumat dari portal tempatan yang dipetik dari HPK, Khairy Jamaludin ( KJ ) tidak akan bertanding lagi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pemilihan tahun hadapan, suatu perkembangan yang baik.
Tetapi suara dari akar umbi lebih gembira dia letak jawatan sekarang, memandangkan KJ tidak mampu membawa pemuda seperti ketua-ketua pemuda sebelumnya.
Lagipun rata-rata tahun depan jika pemilihan, peraturan baru tidak memihak kepada KJ yang mengamalkan politik wang. Jawatan yang ada sekarang adalah atas belian undi. Oleh kerana bapa mertuanya berkuasa, maka ia terlepas walau pun tersenarai sebagai pengamal tegar. Jika tidak percaya rujuk jawatan kuasa disiplin sekarang.
Sejak KJ jadi ketua pemuda 2008, tidak pernah terpapar dimuka hadapan media khususnya akhbar utama kerana tidak ada kewibawaan sebagai memainkan isu penting bangsa. Ini tidak pernah terjadi sebelum ini.
UMNO Malaysia menjadi tempang kerana peranan sayap pemuda terlalu lemah. Padahal pemuda adalah benteng hadapan parti. Sebaliknya menjadi pintu masuk musuh dari belakang.
Peranan pemuda hari ini lebih kepada orientasi bisness dan timbul lebel baru pemuda UMNO dimana perbualan " Pemuda UMNO Sdn Bhd".
Atas dasar itu lebih manis KJ meletak jawatan sekarang, sekurang-sekurangnya mendapat terima kasih kerana membantu membersihkan UMNO.
Selamat Jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan