ROMBONGAN DUN TAHAN KE MEKATULMUKARAMAH

SELAMAT MENGERJAKAN UMRAH

Sangkakala mengucapkan selamat menjalani umrah kepada rombongan DUN Tahan ke Mekah yang berlepas pada 24 hb. Julai yang lalu. Rombongan ketua-ketua UMNO dan ketua kampung yang terdiri lebih 32 orang itu ditaja oleh YB Dato Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan itu sekarang sudah berada dikota Mekah mengerjakan umrah.

Hanya tiga orang ketua cawangan yang tidak dapat mengikuti rombongan tersebut adalah ketua UMNO Cawangan kampung Gol, Ketua cawangan Pedah dan ketua cawangan Jerantut Ferry.

Kepada yang tinggal samalah kita berdoa agar mereka selamat pulang ketanah air dan dapat mengerjakan ibadat umrah secara aman dan tenteram.

Itulah istimewanya seseorang itu menjadi ketua kampung dan ketua UMNO Cawangan . Yang tidak berpeluang untuk menjadi ketua kampung atau ketua cawangan itu cubalah dimasa akan datang mudah-mudahan akan banyak tawaran pula buat trip seterusnya samada keBandung, medan, Bangkok atau London atau ke Umrah juga.


Buat kepimpinan DUN Damak agak kurang kemungkinan mendapat tawaran sedemikian kerana ADUN Damak adalah MCA. Parlimen pula selalu mengahantar rombongan kecil keMedan dan pulau Karimon walaupun kadang orang yang sama.


DUN pulau Tawar rombongan kemana?    Haah... dekat ?  Zoo.?  aisay.... tak acci lah....kalau hari cerah nampak dari bukit Istana!. Golok pun  kira ok laa.. he he he... shhhhhsssss......!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam sangkakala.... Tahniah semoga dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna di Tanah Suci buat semua Ketua Kampung mahupun Ketua UMNO cawangan Dun Tahan yang terlibat.Semoga dibukakan pintu hati oleh Allah untuk melihat kebenaran.......Amin .....