Dibawah kerajaan meritokrasi hari ini orang ramai tidak perlu kejar wakil rakyat atau pemimpin kerana minta sokongan apa-apa tujuan. Wakil rakyat tidak perlu cetak 'lettter head' untuk surat sokongan kepada pengundi dikawasan masing. Ini kerja mudah, kedua-dua pihak kerana saling tidak memerlukan.
Semuanya serah kepada pegawai kerajaan, untuk ikut merit. Siapa kuat, siapa bagus, siapa handal, siapa kenal pegawai kerajaan, siapa kroni pegawai kerajaan tidak perlu masuk politik atau menyokong mana-mana parti politik termasuk parti pemerintah. Proses pilihan raya hanyalah proses undang-undang yang mesti dilaksanakan.
Kuasa sepenuhnya adalah berada ditangan pegawai-pegawai kerajaan. Pemimpin politik tidak boleh campur. Ahli-ahli politik hanya membuat dasar selepas itu serahkan kepada kakitangan kerajaan untuk dilaksanakan. Jika tidak puas hati wakil rakyat tidak salah.
Tugas wakil rakyat hanya datang mesyuarat rasmi. Melawat rakyat, jika ada masalah tidak boleh mengadu kerana wakil rakyat tidak boleh buat apa-apa surat sokongan kecuali boleh bawa dalam mesyuarat. Hal-hal perniagaan langsung wakil rakyat atau pemimpin tidak boleh sentuh langsung.
Isu-isu agihan rumah, saham-saham perladangan, biasiswa, atau apa sahaja yang diklasifikasikan boleh dimerit tidak boleh menyokong. Jika disokong, lapuran akan naik keatas.
Pelobi kontrak atau bisnes adalah pantang besar sekali wakil rakyat membuat sokongan. Silap hari bulan kedalam pagar jarang. Inilah keputusan kerajaan yang difahami oleh rakyat Malaysia tentang arahan KSN Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam The Star semalam 27 julai 2010.
Surat-surat sokongan seperti 'sila timbangkan, disokong dengan, saya tiada halangan, atau lain-lain bahasa menyokong wajib dilapurkan secara bertulis kepada ketua jabatan masing masing. Bukan sahaja dalam betuk bersurat malah medium lain seperti percakapan, emel, panggilan talipon, berbisik dan sms juga mesti dilapurkan keatas.
Perkara yang dinyatakan jelas adalah permohonan permit, lesen, biasiswa, kontrak, kerakyatan dan lain-lain.Walau bagaimana pun rakyat mentafsirkan semua perkara permohonan ada meritnya tersendiri termasuk bantuan kepada orang miskin. Peminta sedekah ada meritnya.
Pegawai-pegawai kerajaan akan mengatakan semua mesti ikut merit. Wakil-wakil rakyat akan berdalih semua tidak boleh keluar sokongan, jadilah meritokrasi sangat sempurna. Jika berlaku kesempurnaan meritokrasi, dipercayai akan lebih besar korupsi berlaku kerana lesen monopoli agihan hanya terdapat pada kakitangan kerajaan.
Sedangkan politik campur tangan pun pegawai-pegawai kerajaan membuat bermacam-macam helah dalam memelihara kroni dan kepentingan mereka. Salah satu darinya adalah sistem 'cut off' bagi melarikan diri dari tekanan politik dalam agihan kontrak. Berbagai-bagai jalan mereka gunakan untuk memihak kepada "favour' mereka. Ahli-ahli perniagaan sudah masak hal ini. Tahu, bahawa mereka memasang proksi, ejen untuk berunding dengan peniaga. Tetapi peniaga terpaksa telan jika terbuka sendiri akan sakit dan sempit halkom untuk menelan. Kena gam. Black list dan sebagainya.
Parti pemerintah akan menerima bahang panas ini nanti jika tidak percaya teruskanlah. Lepaskanlah segala tanggung jawab kepada kakitangan kerajaan. Pilihan raya akan datang pasti kalah teruk kerana pemimpin politik tidak releven lagi. Ahli-ahli perniagaan tidak perlu lagi mengejar ahli-ahli politik kerana apa ada? Lebih baik mengejar KSN, KSU, SUB, Pengarah serta pegawai yang membuat keputusan. Orang ramai juga begitu, apa perlunya wakil rakyat ? jika tidak boleh membantu.
Sistem merit diragukan selagi keputusan dibuat oleh manusia. Manusia tetap mencari jalan untuk mempengaruhi keputusan jika ada sedikit kuasa kepentingan diri.
Selamatlah BN kerana semua pihak membasuh tangan untuk menjadi 'elit ' yang tidak sanggup dikejar oleh orang ramai. Sedangkan PR menggunakan kuasanya sehabis upaya untuk menguatkan politik mereka. Beginilah politik jika sudah dipenghujung jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan