Dalam keadaan umat islam dan bangsa melayu perpaduannya amat membimbangkan Tan Sri Harussani Zakaria Mufti Perak dengan rasa penuh tanggung jawab menyeru secara terbuka dan berani agar dua parti politik melayu PAS dan UMNO mencari jalan damai, adalah sifat tepuji dan disokong oleh majoriti umat islam dinegara ini.
Dato' Mohd Tamyes Abdul Wahab, Mufti Selagor juga bangkit mempersoalkan mengapa bangsa melayu tidak boleh berpakat untuk menjadi kuat sedangkan bangsa lain yang bukan beragama islam dan tidak berpandukan ayat suci al Qur an boleh bersatu dan kuat ? beliau bangkit menyusuli Tan Sri Harussani dari Perak.
Datuk Nooh Gadut, Bekas Mufti negeri juga penasihat agama negeri Johor bangkit menyeru para cendikiawan terutama golongan ulama' dan ilmuan islam melibatkan diri dalam mencari jalan damai terhadap komflik dua persaudaraan islam.
Ketiga-tiga mereka secara lantang dan berani berkata pada yang benar dituntut oleh Allah swt dan mengikut jalan tengah tanpa memihak kemana-mana walaupun mereka terikat pada pemerintah kerana kedudukan mereka.
Rakyat sedang menunggu-nunggu dan pasang mata dan telinga mufti-mufti negeri lain dari utara sampai selatan, timur dan barat, Sabah dan Serawak yang masih membisu seribu bahasa. Jangan takutkan pada 'periuk nasi' dalam menyatakan soal kebenaran dan mencari jalan penyatuan ummah.
Mungkin mereka tidak mempunyai saluran komunikasi untuk menyatakan pendirian secara terbuka atau membuat kenyataan media kerana halangan-halangan tertentu kerana sebelum ini mereka jarang berbuat demikian maka para media konvensional harus kehadapan mendapatkan pandangan mereka supaya seragam.
Kita tidak boleh menunggu mereka kerana al maklum mereka ini adalah mempunyai latarbelakang yang berbeza dari masyarakat umum. Media konvensional mempunyai rangkaian dan mempunyai kredibiliti menyiarkan berita kerana telah sekian lama menguasai pemikiran masyarakat.
Media wajar membina impak dalam hal-hal yang kritikal. Sebaliknya bloggers adalah sayap komando dalam peperangan saraf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan