Menang sebagai ketua UMNO cawangan sangat besar keistimewaannya. Ramai ahli UMNO tidak sedar akan 'keemasan' itu. Jika sedar sudah tentu akan pecah kepala untuk jadi ketua cawangan.
Siapa yang dapat jadi ketua cawangan boleh tuntut pesaka sebagai ketua kampung tempat yang ada JKKK. Masuk RM 600.00 sebulan. Jika ada lesen kontrak, boleh dapat projek. Saham Felcra boleh anak isteri malah boleh rekmen kawan-kawan yang kita berkenan. Banyak lagilah.
Setiap tahun ada tawaran keluar negeri. Jika puas ke Golok- Hantyai, tukar ke Medan- Bandung. Jika puas kenegara jiran akan ditawar pergi keMekah. Ada rombongan kecil dan ada rombongan besar.
Ketua cawangan sentiasa fikir lepas ini rombongan kemana kita?.Lepas itu ada duit poket. Duit Raya. Dapat baju batik. Baju melayu. Istimewa bukan?. Inilah perjuangan cara baru yang menandakan kita telah berjaya yang dipimpin oleh kepimpinan yang berjaya. Jadi akan datang kita kena set pemimpin mesti kaya. Dia dapat dimana itu jangan soal yang penting kaya.
'Kita sudah masuk zaman batu'
Tahniah UMNO Jerantut.
6 ulasan:
Salam Sangkakala,
Jom ikut WZWH,kita sokong set pemimpin yang ada idea dan fikirkan kemajuan rakyat Jerantut lebih dari "keseronokan dan kesukaan jangkapendek". Sangkakala betul, politik Jerantut telah melalui zaman dan era baru! Banyak pembaharuan akan dilaksanakan...tunggu dan lihat.
tgk blog ni .
http://hakikatpolitikumnojerantut.blogspot.com/
Tak kutuk orang pun..
contohilah blog ini,..
hayo, ada blog baru, hakikat politik, mesti best
Salam Sangkakala,
Bila ada orang komen, saudara publish la. Jangan sensor pulak. kalau tidak orang tidak respek blog Sangkakala. Berani kerana benar, penakut kerana salah. Pemikiran kita jangan tertutup kena terbuka dan berani menerima kritikan.Ok bro, tq.
WZWH,
Maaf sangkakala bukan sensor semua komen. Tapi hari ini ada lawatan pengarah syarikat ke kilang, saya kena standby sampai malam. tk
salam sangkakala,
saya setuju amatlah apa yang dituliskan tu, kalaulah ketua cawangan tu bagus, membela masyarakat kawasannya takpe, lantak dialah dia dapat habuan-habuan tu, masalahnya ketua yang dilantik kekadang hampas, dok mengukut ke dia ajeh.., semua harta yang diperuntukkan untuk rakyatpun dia kebas termasuk harta-harta masjid, betul-betul memboncitkan perut ajehlah tu.... Kalaulah orang macam ni dipilih juga hancurlah umno ni.., inilah diantara orang yang membuatkan masyarakat kampung (termasuk orang umno) marahkan umno... Kita mintaklah orang atas sana (bukan atas pokok?), dengarlah rintihan, komen, surat layang dsb yang dihantar kepada wokme tuh....mesti ada sebab musababnya, kaji dan siasat kebenarannya...
Catat Ulasan