lwn TN IBRAHIM TN MAN
Meletup cerita terbaru Dato Sharif Shamsudin Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Jerantut akan menjadi calon BN pada PRU 13 nanti. Manakala calon PAS adalah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang hampir pasti bertanding diJerantut.
Dato' Sharif Shamsudin adalah bekas Setiausaha Majlis Perbandaran Kuantan dan juga bekas Pengurus Besar Yayasan Pahang disebut-sebut sebagai calon BN PRU 13 menggantikan YBM Tengku Azlan yang memilih untuk bersara dari politik.
Dato' Sharif Sharif 60, juga adalah seorang ahli perniagaan pernah memegang jawatan tertinggi diBahagian Jerantut iaitu Naib Ketua 1996 - 2000 mengalah kan Dato' Dr Shukri Ismail pada ketika itu. Tahun 2000, beliau mengundur diri dari jawatan Naib ketua bagi memberi laluan kepada Dato' Wan Abu Bakar yang diminta oleh YBM Tengku Azlan berbuat demikian.
Tuan Ibrahim Tuan Man calon PAS, adalah anak jati Batu Balai, Mukim Ulu Cheka pernah menang sebagai ADUN Jengka tahun 1999 menentang Dato' Zainal Hassan. Kemudiannya, Pilihan raya 2004, beliau tewas diDUN yang sama. Pada 2008 beliau tewas sebagai calon Parlimen Maran.
Bagaimanapun, ia bukanlah satu yang muktamat tetapi sudah menjadi desus desas kemungkinan besar begitu akan berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan