UMNO JERANTUT GADAI TANAH UMNO
 
UMNO DAYUS
 
 

View Larger Map

UMNO Bahagian jerantut menggadai kepentingan ahli- ahli UMNO seluruh Bahagian Jerantut dengan melepaskan tanah yang telah diluluskan kepada UMNO Bahagian tiga tahun yang lalu. Tanah yang bersebelahan dengan sekolah Cina atau dihadapan pejabat Bomba itu digadaikan atas desakan MCA sebelum pilihan raya 2008. MCA mendesak supaya UMNO menyerahkan tanah tersebut kepada sekolah cina alasannya sekolah itu tidak mempunyai padang permainan bagi murid-murid sekolah berkenaan. Dalam masa yang sama sekolah cina telah diluluskan hampir dua ekar dibelakang tanah UMNO tersebut.
Oleh kerana UMNO lemah maka terpaksa tunduk kepada tekanan tersebut walaupun ada tentangan majoriti Jawatankuasa UMNO Bahagian. Suara tentangan tersebut amat manasabah kerana UMNO sebagai parti pemerintah sepatutnya mempunyai tanah yang lebih luas diadalam kawasan bandar. Bagaimana pun ada pihak yang mendapat ‘habuan’ kononnya dapat memujuk ketua Bahagian untuk menyerahkan tanah tersebut kepada pihak yang membuat desakan.
Ahli-ahli UMNO mulai sedar dan mendesak UMNO supaya berkeras mengambil balik tanah tersebut untuk dibangunkan sebagai bangunan perniagaan atau bangunan UMNO yang baru. Dengan itu lebih ramai bumiputra yang mencari ruang perniagaan dapat ditempatkan disitu. UMNO tidak harus begitu lemah sehingga dipijak kepala oleh kaum lain sehingga hak orang-orang melayu tergadai. Pembangunan Bandar Jerantut juga semakin sesak dengan bangunan mahal yang tidak mampu dibeli oleh orang melayu.
Desakan ahli-ahli ini memandangkan bahawa penyertaan orang melayu dibandar perlu diambil kira kerana dibandar tempat tertumpunya pertumbuhan ekonomi. Jika orang melayu tiada mempunyai ruang sudah tentu orang melayu ketinggalan dalam semua segi. Apakah melayu hanya bangsa yang mampu tinggal dikaki gunung sahaja?. Oleh itu pemimpin UMNO Bahagian wajar membincangkan pengambilan balik harta UMNO itu secara serius dan jangan dianggap dayus.

 
 

Tiada ulasan: