HARTA UMNO DISELEWENGKAN MENJADI MILIK

PERIBADI- TIDAK AMANAH

Tahukah anda bahawa UMNO Jerantut memiliki dua bangunan diJerantut. Satu dibangunan IKIP dan satu lagi dibandar lama?. Siapakah yang berusaha mendapatkan bangunan tersebut?.
Ayah saya memberi tahu saya bahawa bangunan dibandar lama Jerantut telah diusahakan oleh Allahyarham Tan Sri Shariff Ahmad, semasa beliau menjadi ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut (1974 – 1982). Semasa beliau mengetahui tidak bertanding lagi diParlimen Jerantut beliau telah menghabiskan semua pembayaran baki hutang  bangunan tersebut, katanya biar orang kemudian senang. Bangunan kedua, ialah dibarisan bangunan IKIP merupakan tiga pintu kedai telah diusahakan oleh  YH  Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar Wan Mohamad semasa beliau menjadi ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Jerantut. Bangunan tersebut dibayar tunai bantuan UMNO Pahang. Kini Bangunan tersebut menjana hasil lebih RM 6000 sebulan.
Apa jadi dengan UMNO  dibandar lama Jerantut?. Melalui kawan saya diberi tahu oleh beberapa orang Jawatan kuasa UMNO Bahagian Jerantut yang rapat dengannya  bahawa bangunan tersebut diduduki secara tidak amanah oleh ADUN Tahan dan menjadikan bangunan itu seperti milik peribadi dengan alasan sebagai pejabat ADUN dan pejabat Pemuda UMNO Bahagian serta pejabat syarikat-syarikatnya. Kata mereka jawatan kuasa UMNO Bahagian tidak pernah meluluskan atau pernah membenarkan bangunan tersebut diduduki  ADUN itu atau sesiapa pun. Dahulu  ada mereka yang minat menyewa tetapi tidak dapat dipertimbangkan kerana sudah ada 'peneroka haram' disitu.
Bangunan adalah sumber hasil UMNO Bahagian. Jika diduduki secara percuma ia merugikan  orang ramai dan ahli-ahli. Mengapa UMNO tidak mengenakan sewa kepada ADUN Berkenaan?. Jika setakat pejabat pemuda memadailah diletakkan pejabat UMNO sekarang. Menyalah gunakan kuasa keatas harta UMNO adalah perbuatan tidak amanah dan kepentingan diri. Timbalan ketua UMNO Bahagian adalah pemegang amanah UMNO Bahagian. Adakah itu AMANAH?.

Tiada ulasan: