LAU LEE BERI AMARAN JANGAN SENTUH

HAK KAUM
CINA JERANTUT
ADUN Damak, Dato’ Lau Lee memberi amaran keras kepada pegawai-pegawai kerajaan Daerah Jerantut yang terdiri dari kaki tangan pejabat Daerah Jerantut, Pejabat Tanah Jerantut, Majlis Daerah Jerantut dan kerajaan Negeri Pahang supaya jangan cuba sentuh hak orang cina Jerantut walaupun seinci. Ini Termasuklah Sekolah Kebangsaan Cina Bandar Jerantut dan Tok Kong Cina Jerantut dan lain-lain.

Amaran ini dibuat kerana ada usaha pihak tertentu cuba mengusulkan sekolah kebangsaan cina itu dipindahkan ketempat yang lebih luas dan selesa kerana pelajar-pelajarnya meningkat lebih dari 1500 orang buat masa sekarang. Sekolah tersebut juga menjadikan Bandar terlalu sibuk kerana menutup jalan penting dalam Bandar waktu pagi dan ketika tamat waktu persekolahan. Tok Kong Cina pula dikaitkan dengan perancangan Bandar baru yang melibatkan setesen bas yang baru di tapak pekan sahari sekarang oleh syarikat Grand Mas Sdn Bhd.

Lau Lee juga membidas pihak yang didalangi oleh Dewan Perniagaan Cina Jerantut kerana membangunkan Taman perumahan diatas lot yang dicadangkan tapak baru sekolah cina. Lau Lee menyifatkan penyangak tersebut terlalu mengejar wang dengan tidak mengira pembangunan pendidikan anak-anak masyarakat cina Jerantut. Lau Lee akhirnya mendesak pihak kerajaan supaya menyediakan tiga lagi tapak sekolah cina yang baru lebih luas disekitar Bandar Jerantut.

Tiada ulasan: