TUAN BENDAHARA BLOGGERS SPU
Saya sangat menghargai SPU sebagai bapa pembangunan IT Jerantut. Kelahiran SPU telah menimbulkan minat masyarakat terhadap kebangkitan IT dijerantut khususnya.Sebelum saya membuka blog ini kerana minat saya yang mendalam dibidang penulisan dan politik saya telah mengkaji bagaimanakah untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat. Walaupun saya hanya seorang buruh tetapi ayah saya mendidik dan memberi perangsang kepada saya hanya ini sahaja bakat yang saya ada dan dia minta saya kembangkan.Hasil kajian saya, tidak kemana tulisan saya jika saya tidak mendapat restu tuan Bendahara Bloggers Jerantut ia itu SPU. Seblum ini saya ada menulis blog-blog kecil hanya untuk kawasan perumahan tempat saya tinggal sebaliknya hanyalah sebagai majalah yang penuh gambar-gambar sahaja.Sangat terbatas.
Sekitar bulan Mach 2010 yang lalu ketika saya merayau-rayau di internet saya terjumpa blog spu.Saya mengikutinya semakin hari semakin rancak peperangan siber diJerantut. Dengan sedikit kebolehan yang saya pelajari dikemahiran MARA saya dan galakkan dari ayah saya maka saya cuba membangunkan sebuah blog atas nama Sangkakala. Ayah saya memberi nama ini kerana katanya apabila dunia hampir kiamat nanti sangkakala akan ditiup maka berlakulah kiamat. Jadi sangkakala diJerantut ini telah berbunyi, maka tanda kiamat diJerantut akan berlaku. Ayah saya ikut sama berjuang ketika krisis UMNO Pahang sekitar 1978-1982. Dia bukanlah seorang star berjawatan dalam parti,tetapi hanya penempel kesana kesini, walaupun ibu saya susah untuk makan tetapi ayah saya selalu berjanji bahawa kami akan hidup senang jika Dato' Rahim Bakar kekal MB Pahang.Ibu saya sentiasa redha dan kami hidup sangat menderita. Tetapi sekarang dia sudah 70 tahun. Ayah saya juga penyokong setia Allahyarham Dato' Abd Rahim Bakar hinggalah tokoh malang itu menghembuskan nafas terakhir pada tahun lepas.
Ayah saya berminat jika saya dapat mengikut jejak langkahnya.Masuk politik. Pada mulanya saya tidak berminat. Tetapi akhir-akhir ini saya nampak ada jalan untuk saya masuk politik kerana akan berlaku kekosongan Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut dalam pemilihan akan datang. Umur saya melayakkan saya kesitu. Ini kerana saya tidak nampak seorang tokoh puteri yang menonjol seganding dengan Hartini Abdul Rahman sebagai ketua puteri.Sekarang saya sedang membina fikiran saya kearah itu.
Tuan Bendahara, saya sangat berbangga dan besar hati jika dapat tuan Bendahara link kan blog saya seganding dengan braveheart, Sri Tribuana, Melayurayadaily, suara Majlis, Norhelan Mahmud, N9 Tahan, Cawan Tembaga,pendua, menyegar, Urag Drrulug, Berita pemuda, suara puteri dan lain-lain. Janganlah jadikan nasib saya sama dengan blog virus WZWH. Saya memahami polisi Tuan Bendahara dan saya cuba mematuhinya. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan