WAN AMIZAN AKUI SUKAR UNTUK


        BERTANDING LAGI PRU 13


Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang diadakan semalam (Sabtu) 5 jun 2010 dibangunan UMNO Jerantut telah hangat membincangkan panjang lebar tentang meluas nya blog-blog sekitar Jerantut menyebarkan isu-isu kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut. Keputusannya, pada minggu hadapan pemuda akan mengadakan rombongan kebalai Polis Jerantut untuk membuat lapuran Polis supaya menyiasat penulis-penulis blog berkenaan dan diambilkan tindakan.

Dato' Wan Amizan selaku ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian mempegerusikan mesyuarat tersebut mengingat kan kepada pemuda jangan tuduh-menuduh selagi tidak ada bukti yang kukuh terhadap seseorang menulis blog berkenaan kerana ada seoarang ahli Jawatan kuasa menyebut nama individu tertentu dalam mesyuarat tersebut. Dalam mesyuarat itu juga, Wan Amizan mengatakan bahawa ia akan meninggalkan jawatan KP itu dalam pemilihan yang akan datang kerana faktor usia melebihi 40 tahun.

Beliau juga mengingatkan sesiapa yang akan mengambil alih jawatan ketua pemuda akan datang mesti sanggup menerima seperti yang dihadapinya sekarang. Bukan sahaja menghadapi tekanan isu-isu peribadi tetapi bersedia menyediakan kewangan yang banyak untuk membiayai pemuda UMNO. Sejak beliau menjadi KP hampir berjuta telah dibelanjakan untuk pemuda.

Difahamkan beliau mengakui pengaruh blog boleh menjatuhkan seseorang pemimpin sebagai contoh bekas PM sebelum ini Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerana asakan dari penulis blog dalam berbagai isu. Dimesyuarat itu juga beliau melahirkan rasa tidak yakin akan bertanding lagi dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang dan beliau sedar serta bersedia sekiranya benar-benar berlaku.

2 ulasan:

sri tribuana berkata...

Saya sudah linkkan blog saudari ke blog saya. Penulisan saudari sangat baik. Bahasa senang difahami dan tidak bombastic. Stick to facts.

"If you want to subjects anything to you, subjects yourelf to reasons."

Kata Seneca

sangkakala berkata...

Abang RTBuana,

Terima kasih banyak2 kerana sudi bekerjasama dengan saya, ia menjadi ingatan kepada saya kerana abang orang pertama mendekati saya.
saya sudah lama mengikuti STB, menarik dan bijak. salam