Gempar ! Hartini Panas!

        GEMPAR HARTINI ANJUR

         SUKAN TARAF DUNIA

Jerantut gempar bila puteri UMNO Bahagian yang diketuai oleh Hartini Abdul Rahman berjaya menganjurkan sukan bertaraf dunia apabila pasukan Negeria dari negara Afrika berjaya menjadi Johan sukan bola sepak dikejohanan tersebut. Pemain Negeria itu sedang berada diKuala Lumpur terpanggil untuk ikut sama menyertai sukan tersebut. Pemain-pemain tersebut sangat gembira membawa pulang hadiah piala ketua puteri dan hadiah iringan RM5000.

Apa yang menarik berlaku pergaduhan antara penyokong Lipis dengan kelab penyokong Jerantut hingga bergumpal-gumpal ditepi Padang Majlis Daerah Jerantut. Perbalahan ini disebabkan pertandingan senget diperingkat suku akhir. Pihak Polis tidak cukup kakitangan untuk mengawal keadaan yang mendadak tersebut.Bagaimanapun pihak polis berjaya menyurai dan sukan berjalan dengan lancar semula.

Rata-rata berpendapat bahawa sekian lama tidak ada pertandingan sukan seumpama itu dianjurkan oleh mana-mana pihak menyebabkan penonton amat ghairah menyaksikan perlawanan dan menyokong pasukan pilihan masing-masing. Diperinkat final kebanyakan penyokong memberi sokongan kepada pasukan Negeria kerana persembahan mereka amat menarik seperti bermain di Liga England. Ramai mengucapkan tahniah kepada Hartini dan puteri yang sanggup turun padang menganjurkan sukan kesukaan golongan muda. Pemuda UMNO Bahagian Jerantut mendiamkan diri.

4 ulasan:

sri tribuana berkata...

Tahniah Puteri. Pemudi UMNO Jerantut apa cerita? Takkan nak berperang ngan blogger saja?

pemuda jengka berkata...

sangkakala...
tahniah kp3 jerantut kerana berjaya menganjurkan pertandingan yang menyelamatkan UMNO jerantut. sekurang-kurangnya ada juga aktiviti UMNO jerantut yang bertaraf dunia. nampak gayanya kp3 dah memangku ketua pemuda jerantut yang sejuk tu. biarkan dia asik dengan jawatannya. teruskan usaha berkhidmat untuk rakyat jerantut.

Melayurayadaily berkata...

Sangkakala

Aktiviti yang dianjurkan puteri UMNO Jerantut itu adalah sebagai kefahaman bahawa jiwa anak-anak muda wajarnya diisi dengan aktiviti yang memenuhi tuntutan jiwa muda. Pemimpin yang dinamis memahami cita rasa masyarakat yang dipimpinnya. Tahniah Hartini dan puteri.

sangkakala berkata...

Abang Bujang susah dan Abang Sri Tribuana, abang Melayurayadaily serta abang Muda Jengka, saya menghargai sokongan abang kepada saya dan saya doakan semoga abang2 semua dilimpahi rahmat Allah swt.

2. Buat Abang susah, kembang hati saya mendapat belaian abang kerana kita sama2 susah. tq

3. Abang STB, saya baca diFacebook abang mendapat cahayamata pertama. saya ucapkan tahniah kepada abang dan kakak diIreland. Jangan lupa jenguk saya disini. Salam