SERATA-RATA GEMPAR
CERITA BLOG-FACEBOOK
Serata Jerantut gempar cerita pasal isu-isu yang dibaca dari blog. Pegawai-pegawai kerajaan mencuri -curi baca blog waktu pejabat. Kakitangan Bank, syarikat swasta, golongan muda tidak lekang dalam perbualan mereka bercerita isu semasa yang dibaca dari blog bila berkumpul. Banyak keluarga berebut komputer dirumah bermain facebook dan membaca blog. Pendek kata, Jerantut sedang demam Facebook dan blog. Ada pegawai-pegawai kerajaan dan bank-bank serta swasta tidak mahu keluar makan masa rehat kerana ketagih blog dan facebook.
Admin Jerantut kampungku setiap hari buat tinjauan, ambil gambar serata Jerantut untuk kontrol muka wall facebook setiap hari. Kedai telekomunikasi berebut orang membeli broad band untuk akses internet. Beberapa restoran, hotel sibuk pasang pengakses internet untuk tarik pelanggan. Ada gaya hidup baru masyarakat Jerantut sekarang. Jerantut Kampungku tidak sampai tiga bulan membuka frienship dalam Facebook penyertaan sudah mencapai lebih 3000 orang menjadi rakan. Dengar ura-ura hujung telinga Jerantut Kampungku akan potong kerbau jemput sahabat maya untuk mengeratkan salturrahim antara sahabat. Selain Jerantut kampung ku terdapat beberapa kelab lagi membuka rangkaiannya tersendiri antaranya, kelab rakan muda, Kelab ahli persilatan (pesaka), kelab anak pulau tawar dan lain-lain. Syabas Jerantut. Orang Jerantut semakin membiak golongan celik IT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan