PENEROKA DUN KERDAU MAU BERSAMA TAN SRI ISA SAMAD


Peneroka Felda Jengka pelawa Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkubu diJengka dalam tempoh PRK Kerdau menjelang kempen esuk. Tiga buah Rancangan Felda yang menampung undi terbesar sangat gembira jika Tan Sri Isa bersama-sama rakyat diJengka berkenaan.

Ini bagi menguatkan lagi semangat kepimpinan peneroka dan peneroka pro kerajaan jika pengerusi Felda turun padang. Disamping mendengar masalah peneroka, Tan Sri Isa ramai peminatnya diJengka.

Jika ada pihak mempertikaikan Perdana Menteri melantik Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Felda ternyata sia-sia kerana Tan Sri Isa disukai rakyat atas sifatnya mudah mesra, mudah membuat keputusan dan berkarisma.

Dipercayai Tan Sri Isa akan banyak meluangkan masa bersama peneroka DUN Kerdau walaupun tugasnya sebagai pengerusi Felda agak sibuk.


Tiada ulasan: