SURAT UNTUK NORMALA.


Mala, 
Malam ini aku masih belum lena kerana rasa bersalah padamu kerana aku antaranya yang membawa kau tewas juah dibelakang. Antara kita ada tugas, setelah kita habis berfikir bahawa itulah yang terbaik dan benar dalam kehidupan kita. Sebagai manusia, aku juga punya perasaan walaupun tidak seberat yang kau rasakan. Biasalah setiap kali ada  PRK, rasa kasihan dan simpati itu datang terhadap yang kalah.

Sesungguhnya mala, kau menjadi wanita mangsa dari keganasan kemelut ini. Tetapi sebagai wanita perjuangan sudah tentu tiada upaya menolaknya. Kerana kau dirangsang dengan kata-kata hikmah dari yang diatasmu. Sesungguhnya mereka dapat mengukur lebih awal, tetapi yang pendek itu disimpan yang panjang itu dikeluarkan. Lalu kau percayakan mereka sepenuhnya.

Semalam, bila kau terasa angin tewas menopang dadamu, kau katakan jika kau kalah itu ertinya 'kemenangan tertunda' . Aku merenung mencari makna ungkapanmu tetapi tidak menemukannya.

Mala, sebagai manusia yang lemah, kita dapat menunjukan kekuatan diri kita bila dikhalayak apabila kita menerima keputusan. Namun demikian bila kita bersendirian, akan datanglah rasa sayu, sepi dan kehancuran perasaan yang sangat mendalam. Dikala malam, beberapa malam mendatang, jika kita terbangkit diwaktu malam melihat anak-anak yang tiada mengerti apa-apa bergelimpangan tidur seperti hari-hari  sebelum datang kegagalan kita,  disitulah kita rasa paling hiba kerana mereka tidak mengerti apa pun tentang gelombang yang melanda kita. Kepada Tuhanlah kita bergantung segala-galanya. Kuasa lain tidak mampu menenangkan kita.

Kuatkanlah jiwamu, serahkan seluruh jiwa ragamu kepadaNya. Mohonlah kekuatan, insha Allah akan datang kekuatan itu dengan hikmahnya. Dalam masa 30 hari ini, kesedihan dan kehibaan ibarat air sedang pasang. Dalam masa 100 hari ia akan kembali seperti sedia kala dan normal. Walaupun ingatan datang tetapi kita boleh memujuknya dengan mudah.

Sebagai pejuang, kita wajar kuat dan cekal memujuk hati kita sendiri bahawa itu adalah pilihan kita dan kita berbangga dengannya kerana kita anggap ramai orang tidak seberani kita kehadapan. Dalam masa kita menjalani kehidupan masa mendatang jika datang musibah yang besar maka kita akan tenang kerana kita lalui lebih pahit dari itu dengan mudah.

Dengan keputusan yang tidak memihak itu, selutruh negara mengenalimu dalam masa yang singkat. Namamu terpahat dihati mereka. Dengan itu semoga dapat mengobat hatimu. Sebagai wanita berjiwa besar, sesungguhnya engkau telah mengajar ramai wanita erti ketabahan. 


jagalah suamimu dan besarkan anak-anakmu dengan sempurna. Kerana dalam apa keadaan sekali pun merekalah yang akan bersama kita suka dan duka.

salam dari anjas RK.

7 ulasan:

akmal berkata...

Salam, Pepatah Arab mengatakan: "Jika engkau hendak tekenal, hendaklah engkau melawan arus." Inilah pepatah yang mendorongmu agaknya, wahai bekas cikgu Mala. Malangnya engkau telah tersilap langkah, tersalah memilih sahabat. Kini sepatutnya engkau sedar wahai mantan cikgu nan ayu, bahawa langkah yang engkau pilih ini adalah lengkah yang penuh onak dan duri, langkah yang boleh merosakkan keluargamu. Dengan air muka yang membayangkan kekecewaan dan penyesalan, engkau mengatakan: "Kemenangan yang tertunda." Tetapi kami boleh membaca dqri raut wajahmu segunung penyesalan, tetapi semuanya tidak ada guna. Jawatan guru telah engkau campakkan jauh-jauh, suamimu akan disiasat kerana menipu dan tidak bertnggungjawab dalam tugas. Kedegilan dan sikapmu yang lupa diri membuat kalian terjerumus ke lembah suatu masalah besar. Jawatan lucut, pencen pun hilang. Kini mintalah kepada PAS (Parti Ajaran Sesat) itu untuk menjadi guru PASTI, kalau engkau ada asas pendidikan agama. Aduhai Nurmala. Kasihaaaaaan...!

Pokok berkata...

salam perjuangan.. blog tuan sudah dipautkan.. terima kasih.

Anonymous berkata...

inilah dosa besar yg dilakukan oleh mala..x mengenang budi,,tak tau bersyukur,,skrg rasakan...xde kelulusan..masuk ikut pintu belakang..itu pun menentang kerajaan jugak..sedangkan binatang pun kalu diberi makan hari2 akan tetap kenal siapa tuannye..bertaubatla mala..kpd makrof..harap2 tindakan keras diambil terhadapnye..kita tunggu n lihat..berapa ramai lagi pegawai2 kerajaan akan menutup mata utk tidak mengambil apa tindakan pd laki mala ni..sprm,jabtan pendidikan,kementerian kesihatan..jgn tido do something..

Anonymous berkata...

anjing pun tahu taat dan ingat jasa tuan yang memberi makan ....

Anonymous berkata...

Masih terdapat ramai lagi guru dan pegawai kerajaan yang mendapat nikmat bergaji gred 48 , 44 dan 32 yang menyokong Pembankang yang mengumpul banyak harta dari hasil gaji yang tinggi tetapi tidak bersyukor dengan kerajaan BN tetapi disebalik itu peniaga kecil dan mereka mereka yang bergaji rendah banyak yang menyokong BN . Pelik tapi benar.

karok berkata...

betul-betul, kadangkala orang susah lebih tau syukur dari mereka yang gaji besar dan niaga besar. Itulah melayu tak boleh rasa besar sikit, mudah lupa daratan. Tak de bahasa langsung

Wak Jengkol berkata...

SALAM ZIARAH..

Blog hebat tuan sudah dipautkan. Salam perjuangan dari Wak J..

P/S: Insyallah lps raya cina ni wak akan kembali berkasi..