19 JAWATAN KUASA UMNO DUN DAMAK DIBIDAS TENGKU AZLAN

  BANYAK CAKAP KERJA KOSONG


YBM TENGKU AZLAN IBNI SULTAN ABU BAKAR


Kala menerima panggilan talipon dari kawan Kala yang pergi keperjumpaan ketua-ketua UMNO dan Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut sebentar tadi. Minta Kala siarkan. Agak panjang Kala bercakap dengan dia tentang ucapan YBM Tengku Azlan. Perjumpaan itu diadakan diDewan UMNO pada pukul 4.00 petang semalam 4-11-10. Perjumpaan itu sepatutnya termasuk ketua-ketua wanita, pemuda dan puteri sekali. Tetapi hanya beberapa orang sahaja wanita, pemuda dan puteri yang hadir. Tujuan perjumpaan itu untuk Tengku Azlan menerangkan tentang semangat baru yang dibawa oleh Perdana Menteri semasa Perhimpunan Agung dahulu. Semua yang hadir mendapat senaskah perlembagaan Malaysia. Tengku Azlan menerangkan kandungan penting perlembagaan antaranya perkara 152, 153 dan lain-lain lagi. Ramai juga yang seronok kerana baru itulah dapat lihat perlembagaan.

Tengku Azlan dalam ucapannya menyentuh keputusan pilihanraya 2008 yang lalu. Ramai jawatankuasa UMNO Bahagian suka berlakun. Dia mengambil contoh setiap kali pilihan raya diKelantan terlalu kuat main cas keting. Jika tidak ada cas keting tentu UMNO Kelantan sudah lama tawan semula Kelantan.

Dalam Jerantut begitu juga, ramai jawatankuasa UMNO Bahagian masa bertanding berebut-rebut tetapi bila buat kerja semua curi tulang. Depan kata lain, belakang kata lain. Dalam mesyuarat UMNO Bahagian pun begitu. Yang banyak bercakap semua tidak buat kerja. Kadang-kadang dia menyampah dengan perangai Jawatankuasa Bahagian. Dia bercakap itu sebab kena terus terang atas amanat PM. UMNO mesti berubah jika ingin terus memerintah. Nampaknya payah, pada petang semalam hanya sebilangan kecil sahaja jawtankuasa UMNO Bahagian yang hadir. Jadi Tengku Azlan kata dia hanya tumpu kepada ketua-ketua dan jawatankuasa cawangan sahaja lepas ini dengan menggerakan jawatankuasa peti undi.

Tengku Azlan cukup kecewa dengan jawatankuasa UMNO dari DUN Damak pada pilihanraya yang lepas. Dalam UMNO Bahagian Jerantut terdapat 19 orang jawatankuasa berbagai jawatan datang dari DUN Damak. Tetapi keputusan pilihan raya DUN Damak yang paling teruk. Majoriti` Parlimen hanya 1946. Hampir kalah.

SANGKAKALA DITIUP

Siapa jawatankuasa Bahagian 19 orang itu ?.. Tak ingat ramai sangat!. Ok..ok.. setakat yang ingat ! cuba sebut!.

1. Dato' Dr. Ahmad Shukri Ismail
2. Dato' Haji Ahmad Bazin Mahmud
3. Zaharuddin A Rahman
4. Ustaz Hamzah Yasin
5. Dato' Haji Rusdi Wang Sulung
6. Mohd Fauzi Nasir
7. Siti Ajar Mubin
8. Khadijah Said
9. Hanafisah Yusoh
10. Mustafa Maarof
11. Mohd Nizam Hasan
12. Haji Ahmad Jaafar
13. Abdul Ghafar Haji Talib
14. Nazlan Idris
15. Haji Kamarozaman Baria
16. Noorhelan Mahmud
17. Abdul Halim Jalil
18. Suifian Kasim
19. Naib ketua puteri
20. Abu Bakar Haji Busu
Oh.. nasib baik saya ada senarai, nama naib ketua puteri itu saja tiada dalam list ini. Memang benarlah ramai. Dua pertiga dari Jawatankuasa Bahagian. Belum kira yang berkedudukan dalam pemuda.wanita dan puteri. Yang boleh berdaleh disitu hanya Dato' Dr Shukri sahaja sebab dia juga bertanding di Pulau Tawar.

Siapa Jawatankuasa yang hadir petang semalam?

1. Tengku Azlan Sultan Abu Bakar
2.  Dato' Wan Amizan Wan Razak ( lambat sikit)
3.  Dato' Haji Nazri Ngah
4.  Norhelan Mahmud
5.  Hartini SAbdul Rahman
6.  Wan Shamsuri Wan Jalil
7.  Wan Anuar Hakim Wan Majid
8.  Ghazali Sulaiman

Yang lain mana?.  - Dalam belukar
Dapat surat ? -     Semua hantar
Tak datang ? -    Miang tak sempat mandi.
Dato' Wan Amizan tu miang datang juga ?. - Dia miang bulu ! 

hark..hark..hark...keh..keh..keh...mampos !

Ramai ketua/setiausaha datang ? -  gigi Nik Aziz
Apa ! Gigi Nik Aziz! apa kena mengenanya  ? -  ya..jarang.jarang    sebatang2.
Hallo.!..Hallo...Halloooooo .... dah prepaid habislah tu.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau semua datang tak kurang 300 orang hair tapi katanta tak sampai 50 org mengapa ya? Siapa yang buat surat? Dengar cerita AJK tak i jemput, yg datang tu kaki bodek aja. Yg lain tak tau pun ada majlis itu. Buat waktu kerja pulak tu, orang nak kerja. Tengku bukan bagi makan anak orang, nak marah buat apa? Kalau lebih 2/3 tak hadir tahan lagi, kalau marah sangat, 2/3 tu buat undi tak percaya, ke dalam longkang Tengku duduknya. Nak jadi ketua ni bukan sahaja dihormati, disegani tetapi ketua juga mesti bijaksana mentadbir. jangan suruh orang saja mentadbir,SUB aja yang mentadbir. Pembahagian tugas kena ada, penurunan kuasa kena ada, kemesraan kena ada. Jangan harapkan orang sayangkan UMNO aja, kita ketua bahagian ambil kesempatan, tak payah dekati pemimpin bawahan. Datang ke Jerantut sekali sekala nak marah orang. Lihat diri sendiri dululah, baru boleh marah orang. Orang dah meluat dengan gelagat Tengku dengan juak-juaknya yang nampak tak hairan ke orang Jerantut ni. Orang Jerantut ni bodoh belaka. Peruntukan entah lepas kemana, berapa persen aja lepas ke rakyat jelata. Yang lain habis lepas ke luar negara, Berbini dua, menjadi harta org tertentu saja. Yang kuat bodek dapat lah. Dengar cerita, Tengku tak nak dah jadi MP. Dulu-dulu pun dia kata macam itu juga, sampai masa dia juga. kalau tak nak, dapat watikah, tolak lah, baru kata tak nak. Jangan memperbodohkan rakyatlah. Datang sesekali ke jerantut nak buat ona pulak, nak kata dia buat kerja lah tu. Satu habuk pun tak ada. Pembangunan apa yang dibawanya pun tak tahu. PRK Galas bukannya kempen, main golf aja. TPM datang pun dia tak tau. mengabiskan beras aja. Carilah orang lain nak tipu, orang jerantut semua dah tau. Kita tunggu PRU 13, sapa boss , sapa raja , sapa berkuasa. Dia tak apalah lompat parti sana, sini, 46 lah. Bukan setia parti, dapat jadi Timb Menteri tak nak konon, nak jadi menteri, tak ukur badan sendiri. Nak bagi tu pun mujur. Sudahlah, belalah juak-juak 2,3 orang tu aja, tak usah fikirkan rakyat jeelata ni. Dulu tak suka sangat kat PM, bila PM ada power sikit, barulah nak tunjuk baik konon. Boleh belah lah... balik Pekan.

one one no belen berkata...

Salam.Kalau yang tak hadis ke mesyuarat tu maknanya mereka tidak berminatlah jadi AJK UMNO bahagian.Senang aje nak ubatkannya.Pemilihan nanti janganlah undi calon calon tersebut.Mereka tu haprak.merosakkan UMNO aje

Tanpa Nama berkata...

BODOH BETULLAH TENGKU LAN NI, DIA YANG TAK BUAT KERJA, CAKAP ORANG YANG TAK BUAT KERJA. TAK PANDAI MEMIMPIN, TAK TAU JADI KETUA TAK PAYAH JADI KETUA. JADI KETUA KENA BERTANGUNGJAWAB LAH ATAS APA YANG BERLAKU, BUKAN NAK LARI DARI DI TUDUH TAK BUAT KERJA, TUDUH ORANG TAK BUAT KERJA. DIA SEBAGAI KETUA, MENGATUR KERJA KE?

Tanpa Nama berkata...

Hari ini saya di beritahu oleh seseorang yang mesyuarat khas UMNO bahagian akan di adakan di Hotel Hilton,KL pada 8.11.10. pkl 3.30 ptg.
Cuba fikirkan logiknya tarikh, masa, tempat mesyuarat itu. Lepas itu orang tak datang marah. Bodoh betul Tengku ni. Oh baru terfikir oleh saya mengapa Tengku mengelepar sangat ni. DSN umum rombakan baru ni, ada niat lain lah tu.. Kesihan, DSN umum parti, bukan kerajaan. Kesihan dia, tak ada orang nak nasihat ke? Itu lah bela lagi kaki bodek dan menghabiskan beras 3/4 ekor tu. Hahahahahahahahhaha

Tanpa Nama berkata...

mesti ada sebab-sebab tertentu, kalau gitulah senarai nama tu, bukan saja org dari dun damak, dun-dun lainpun tak datang jugek.....

harap pemimpin atas handle baik-baik urang umno ni.., tersilap cakap, tersilap skit, mudah sangat deme tu ngecas ketingnya....

Tanpa Nama berkata...

kalau jawatankuasa kelibar tak payah tunggu ketua sangat. Buatlah apa yang patut. Ini semua nak tunggu ketua. Macam budak sekolah. Dapat surat kata tak dapat. SEmua cari alasan.

Contohilah Zali su, Hj Rosdi, Wan Mizan. Yang lain tu haprakkk

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa contohkan Zali, zaha dengan abu batu satu hihihi