PEMBANGUNAN BANDAR BARU JERANTUT MELAYU TERPINGGIR

TIUPAN SANGKAKALA PERTAMA.




Blog muarasat tulis surat kepada MB Pahang pembangunan bandar baru Jerantut nampak segelintir saja yang untung dan pinggir orang melayu dengan cara bina bangunan harga mahal orang melayu tidak mampu beli.


                                  *******

Bila sangkakala ditiup alamat dunia akan kiamat. Tiup pertama bumi bergegar. Tiup kedua ribut taufan 2000 km sejam. Tiup ketiga langit dan bumi bergulung. Sangkakala tak boleh main tiup saja. Sebab itu sangkakala kurang menulis. Tulis bila perlu.Surat muarasat itu menyentuh hati sangkakala. Jadi kala terpaksa ambil trompet buat tiupan yang pertama.


Mulut jerantut dah mula cakap fasal bandar baru itu. Blog DUN Tahan mencabar seseorang supaya heret dia kemahkamah kalau dia tuduh tak betul. Sampai sekarang orang yang dia tuduh tu tak berani suara. Betullah tandanya.


10 tahun lalu Jerantut hanya ada 20 buah taman perumahan. Ada dua pusat bandar. Bandar lama dan bandar baru. Tahun 2000 sampai 2010 terdapat 62 buah taman. Pusat bandar jadi empat. Bandar lama, bandar baru, bandar inderapura dan bandar sekitar masjid baru. Semua rumah dan kedai habis dijual. Tak cukup lagi. Pesat.Psat.pesat.


Jumlah pintu kedai tumbuh 10 kali ganda. Milik melayu tak sampai 10%. Harga tinggi dari KL atau Kuantan. Dua tingkat 500 sampai lebih 1,000,000. Projek silang Lim Lanchak harga hari pertama dilancarkan 460,000. Ada 10 orang pembeli. Setelah bayar deposit 46,000, ada pula duit kopi 40,000 ribu bawah meja. Kalau tak bayar duit kopi deposit pulang balik. Satu melayu sahaja yang bayar deposit terpaksa tarik balik.


Lancar hari pertyama 460,000. Hari kedua naik 500,000. Katanya satu syarikat telah beli semua baki anggaran 42 umnit dari 52 unit. Siapa yang ingin beli kedai, belilah pada syarikat yang membeli semua itu. Tak sangka yang beli semua itu syarikat Lim Lanchak juga. Tangan kanan jual kepada tangan kiri. Bijak........bijak...........bijak............ menipu.....


Tidak ada orang berani bersuara kerana mulut sudah disumbat kertas gambar agung. Mana yang melancung, melancunglah selepas sain perjanjian. Suap dulu baru tak bising.


Ada yang garang melawan tapi yang lain sudah pekak sebab telinga pun sudah kena tampal dengan kertas itu.


Lata Meraung kalau TV 3 tidak melalak sudah lama jatuh ketangan Lim Lanchak 1300 ekar dengan padang Golf sekali. Barapa ramai pemimpin UMNO, Ahli Majlis dan pepegawai duduk dalam poket Lim Lanchak?.


Terima kasih MB bekukan rancangan lata meraung itu. Bandar baru ini pun batal sajalah. Kalau tidak sangkakala tiup terus pusingan ketiga, senang terus gulung sandar pada arash belaka.

Tiada ulasan: