RASUAH- PUNCA FDI PUSING KELAIN


Anwar menyifatkan, gambaran kepada rakyat oleh kerajaan bahawa ekonomi Malaysia kian bertenaga dan serba indah, sebaliknya wayang semata-mata. Tidak menunjukan apa yang sebenar.

 Laporan Bank of America Merill Lynch yang mendapati Malaysia kini antara negara yang tidak diminati FDI  khususnya pelabur di Asia Pasifik selepas bank itu menyedut pandangan pengurus modal berkenaan.

Kedudukan Malaysia merudum dua mata tangga dari status sebelum ini ,  di tangga kesepuluh, dan kini di kedudukan mengekor dibelakang sekali sebagai corot.

"Beberapa perkara mustahak yang sewajarnya diberi perhatian adalah pandangan para pelabur yang melihat Malaysia sudah tidak mampu bersaing dengan negara jiran yang begitu bertenaga maju ke hadapan seperti Indonesia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Melihat  kedudukan Malaysia  menurut tinjauan World Economic Forum pula telah melonjak sepuluh anak tangga ke mata  44 dari 139 negara.

"Berikutan perkembangan sebeginilah kita sangsi perincian Model Ekonomi Baru yang bakal diumumkan perdana menteri mampu memulihkan ekonomi negara yang lembab ini," ujarnya lagi kepada harakahdaily.

NOTA RUMAHKACA:
Organisasi front kepada gerakan FDI Malaysia adalah MIDA dan MITI. Suara-suara halus pelabur hendaklah didengar. Kadang kala MIDA dan MITI memberi ruang kepada Anwar untuk mengeksploitasi kelemahan negara.

Bukan pelabur-pelabur Asia Pasifik sahaja yang mengeluh tetapi pelabur-pelabur Timur Tengah juga merintih. kadang kala kita harus percaya kepada pohon yang bergoyang bahawa angin ada beriup.

MIDA patut distruktur semula. Datuk Jalilah Baba sering disebut dalam bisikan pelabur sebagai banyak kerenah, onar dan menyukarkan. Mengapa orang seperti terus dipelihara ? jika boleh merosakan kepentingan nasional?

Tiada ulasan: