PUKUL RAPAT WAN AMIZAN
Dalam ucapan penangguhan sidang perwakilan UMNO Bahagian Jerantut (sabtu 3/7/10), Haji Kamaruzaman Baria (KB), bekas Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut telah mengulas ucapan YAB.Perdana Menteri selaku Presiden UMNO yang bertemakan "nilai dan matlamat perjuangan ahli-ahli UMNO" ketika merasmikan pada sebelah paginya, telah secara lantang membalun Wan Amizan selaku ketua pemuda dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut serta ADUN Tahan. Walaupun beliau tidak menyebut nama sesiapa tetapi semua orang mentafsirkan bahawa ucapan itu ditujukan kepada Wan Amizan.
Haji KB menyifatkan tokoh berkenaan sebagai apa yang dikatakan diAmerika 'pemimpin darjah lima' yang suka berbohong, menipu rakyat dan memperbodoh-bodohkan orang ramai dengan berbagai-bagai cerita karut seperti mana dalam ucapan-ucapan Wan Amizan sebelum ini mengatakan bahawa dia telah keAmerika, dibawa mendengar taklimat dan melawat Pentagon dan berjumpa Condalisa Rise serta Obama Presiden US serta minum kopi bersama Perdana Menteri Thailand, Abhisit ((dirumah PM Thailand) dan seterusnya selalu mesyuarat dengan PM dan sebagainya. Soalnya mengapa wujud seorang pemimpin yang bodoh cuba membodohkan semua orang diJerantut ?.
Haji KB juga membidas Wan Amizan yang mengamalkan politik wang, rasuah politik dengan membawa rombongan orang-orang tertentu ke Medan, Bandung dan Umrah untuk mendapatkan undi. Ini termasuklah memberi komputer riba dan berbagai-bagai lagi sedangkan kerja-kerja sebagai wakil rakyat tidak dibuat. Masa pemilihan, hatta pada tahun ini juga mengumpul orang mengarahkan jangan mengundi orang itu dan ini kemudian mengeluarkan list-list untuk disebarkan kepada perwakilan. Apakah itu kerja sebagai wakil rakyat? bagaimana hendak memperkasakan UMNO jika dalam keadaan bukan tahun pemilihan, membuat puak-puak sendiri?.
Haji KB menambah lagi sepatutnya peluang-peluang yang dijana oleh kerajaan seperti saham Felcra diagihkan kepada orang miskin yang layak dibantu bukan dengan mengagihkan kepada kroni. Haji KB juga memberikan bukti-buktinya diJerantut Feri/pedah Wan Amizan telah membagikan saham kepada 6 orang kroni nya yang agak berada, bergaji besar, kereta menyalar serta tidak layak langsung mendapat bantuan saham Felcra tersebut. Inilah yang menjadikan orang ramai membenci UMNO.
Seterusnya Haji KB, sangat kecewa dengan pemimpin UMNO Seperti ADUN itu, memohon tanah yang telah dimohon oleh orang kampung dan diluluskan kepadanya contohnya dikampung Durian Hijau. Tanah tersebut telah dimohon oleh orang kampung tetapi ditolak dan diluluskan kepada syarikatnya. Walaupun ada bantahan orang kampung tetapi terus berdegil untuk meneruskannya. Pemimpin jenis apa kah ini yang merosakkan UMNO yang memperkasakan diri sendiri dan tidak memperkasakan perjuangan bangsa?. Semuanya ini cukup bukti, tidak perlu berselindung lagi. Perbuatan tamak itu sudah melampau dan merosakan UMNO dari dalam, menjijikan dan mesti dihentikan serta merta jika UMNO yang hendak perkasakan.
Dalam membahaskan ucapan itu semua perwakilan terpegun dan terdengar jeritan dari perwakilan termasuk pemerhati dibelakang dewan mengatakan "betul-betul". Mereka berpendapat apa yang disuarakan oleh Hj KB itu benar semuanya dan menjadi perbualan masyarakat diseluruh pelusuk jerantut sekarang yang membawa kepada UMNO Jerantut lesu.
4 ulasan:
Salam. betul betul.tapi adakah baru ini saja orang tau tentang pemimpin UMNO yang bangsat seperti ini?kenyataannya masih ramai lagi pemimpin pemimpin UMNO yang bangsat yang masih lagi berkuasa.halau mereka keluar jika kita mahu memperkasakan UMNO.Bersihkan UMNO dari najis najis pemimpin yang bangsat begini baru UMNO akan perkasa semula
Sangkakala,
Endak ditengok apa akan berlaku kepada manusia itu???????. Itu lah urang disenu suka sangat kepada pemungkau dan menolak kebenaran. Apa sudah jadi.
sangkakala,
jika begitu keadaannya buruk sangatlah perlakuan pemimpin Jerantut yang satu itu ye. Kami orang pahang rasa malu sebab sangkakala ni nampaknya ramai juga pembaca bukan datang dari malaysia sahaja, cuba lihat kaunter rujukan itu ada pembaca dari scranton,oslo,san jose, dan lain-lain lagi.
keduanya, macamana MB, boleh masuk dalam tapis calon terbaik pilihan raya yang lalu? pandai sungguh MB kita pilih calon yeh?.
Sangkakala.
Siswa IPTA Kuala Lumpur jangan menyalahkan MB dalam hal ini. Siswa kena fikir bahawa Manusia boleh berubah sekelip mata bila ada sedikit kuasa yang selama ini orang lain tidak fikir dia berubah mendadak. Semasa penapisan semua OK tapi bila menang lain jadinya.
Jangan salahkan MB. Apa yang penting kehadapan mesti tidak terpilih lagi orang macam itu. Cukuplah jadi pengajaran.
Catat Ulasan