PERBINCANGAN TERTUTUP UMNO BINCANG PILIHAN RAYA CEPAT

      AZMIN MUNGKIN TIDAK SEMPAT JADI MB

Perjumpaan tertutup antara kepimpinan UMNO dinegeri-negeri dan Bahagian-Bahagian secara lawatan mengejut kepimpinan pusat memberi signal pilihan raya ke13 akan adakan cepat dan meminta supaya UMNO/BN menyusun jentera serta merta. Pucuk pimpinan berpendapat bahawa dalam masa terdekat ini sesuai diadakan pilihan raya. Ia mungkin dilaksanakan selepas konvensyen BN  yang dianjurkan selepas perhimpunan Agung UMNO.

Pemimpin-pemimpin UMNO sudah mula bertumpu pada mengukuhkan parti setelah dirasakan perjalanan kerajaan sudah mula lancar dan isu-isu pentadbiran dapat diselesaikan. Persekitaran, mula memberi ruang untuk diadakan pilihan raya umum kerana kerajaan pimpinan Dato' Sri Najib mahukan mandat baru rakyat.

Hasrat Anwar untuk meletakan Azmin sebagai MB selangor tidak kesampaian kerana agak sukar untuk menolak Khalid dalam masa yang agak singkat. Mengikut trend selangor tidak lagi dapat dikuasai oleh Pakatan rakyat selepas PRU 13 kerana BN akan menawan semula Selangor. Cita-cita Anwar untuk melihat Azmin jadi MB tersadai begitu sahaja dan Khalid pada waktu ini juga sedang mengukuhkan kedudukannya walau apa cara sekali pun.


Tiada ulasan: