TENGKU AZLAN TETAP BERTANDING PARLIMEN JERANTUT PRU 13

             BANYAK AGENDA TENGKU

         AZLAN MASIH BELUM LAKSANA


Tengku Azlan tetap bertanding diParlimen Jerantut pada PRU 13 buat penggal ke empatnya memecahi rekod calon parlimen yang lepas. Tidak ada sebab nama-nama lain disebut kecuali Tengku Azlan secara terbuka menyatakan bahawa beliau ingin berundur. Setakat ini, apa yang difahamkan Tengku Azlan tidak berubah kedudukannya sebagai calon PRU 13.

Tengku Azlan sedang berusaha merealisasikan apa yang dibentangkan kepada Perdana Menteri ketika berucap dihadapan perwakilan Bahagian sabtu lalu bahawa apa yang dimohon dari PM, iaitu sebuah Universiti Luar Bandar, Komplek sukan Belia, Jalan Kuala Tahan Mat Daling dapat dilaksanakan. Beliau akan berpuas hati jika tiga pembangunan tersebut dilaksanakan dan bolehlah berfikir untuk mengundur diri.

Tengku Azlan juga sedang membina pelapis sebagai gantinya menerajui Bahagian dan Parlimen Jerantut setelah beliau berhasrat untuk berundur nanti. Antara yang sedang dilatih adalah Dato' Ghazali Suliman ( su Bahagian), Nazlan Idris ( ketua penerangan),  Zaharudin Abdul Rahman ( pengerusi Dun Damak), Jalaluddin Haji Ghazali ( Ajk Bahagian), Dato' Nazri Ngah (Naib Ketua Bahagian) dan Wan Shamsuri Wan Abd Jalil ( AJK Bahagian), serta Ghazali Hamzah ( AJK Bahagian)).  Dato' Wan Amizan pula tidak disebut lagi kerana Tengku Azlan sendiri mengakui ADUN itu banyak isu .

Mereka yang dilatih ini, ada untuk dicalon sebagai ADUN dan salah seorang menggantikan beliau sebagai Ahli Parlimen. Tidak timbul nama- nama lain jika berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO Jerantut. Nama-nama lain itu hanyalah spekulasi dan tidak mempunyai asas yang kukuh untuk memimpin UMNO Jerantut dan menggantikan beliau. Mereka yang dipilih sebagai pelapis ini mempunyai kebolehan dan kekuatan tersendiri, kedudukan ekonomi yang baik, berpendidikan tinggi serta berada didalam hiraki parti.

Kenyataan ini bagi mengulas sebuah laman blog yang menyebut bekas Ahli Parlimen Jerantut Haji Kamarozaman Baria dan Dato Azizan Yaakob bekas ADUN Pulau Tawar dilihat sesuai menggantikan Tengku Azlan. Haji Kamarulzaman tidak lagi aktif dan sibuk menjalankan perniagaan diKuala Lumpur dan berada dalam usia yang tidak praktikal  lagi.

Manakala Dato' Azizan pula tidak berkedudukan dalam hiraki UMNO Bahagian kerana tewas ditangan Wan Amizan pemilihan UMNO 2008. Kebelakangan ini beliau hanya giat dalam NGO dan sibuk menyambung pelajaran diKuala Lumpur. Kedua-dua mereka tidak perlu disebut lagi kerana  tidak ada sejarah diPahang berlaku "comeback" walau pun mereka dianggap layak. Masa berlalu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.Apa relavennya jika YBM Ku Lan masih menjadi ahli parlimen Jerantut lagi?Beliau Sudah 3 penggal menjadi ahli parlimen Jerantut.Namun apakah pembangunan yang dilaksanakan di Jerantut selama 3 penggal ini?.Memang kita menghormati beliau kerana beliau anak raja.Namun belian bukanlah seorang pemimpin yang berpotensi.Sudah sampai masanya beliau memberi laluan kepada pemimpin yang layak membangunkan Jerantut.Namun sayangnya orang yang layak layak memimpin tidak ada dalam ahli jawatan kuasa bahagian sekarang.