MCA - SEKOLAH CINA JANGAN JERIT KUAT SANGAT SATU BILION

 ISU BEREMOSI TINGGI MESTI PANDAI TANGANI

Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek,  presiden MCA jangan jerit kuat sangat minta peruntukan sekolah cina satu bilion. Kerajaan telah meluluskan peruntukan 350 juta untuk pembangunan sekolah itu RMK 10. Sebaliknya MCA meminta tambah 650 juta lagi tambahan. Adalah berbeza sebutan antara satu bilion dengan 650 juta. Satu bilion itu jadi bunyi yang ngeri. Padahal maksudnya sama sahaja. Dalam komunikasi 'bahasa' sangat penting samada mendatangkan emosi atau tidak. Jika minta seribu ringgit dalam bahasa yang kuat akan mendatangkan emosi.

Jika kita tahu sesuatu yang beremosi tinggi kita harus memain bahasa yang halus. Mungkin berbisik. Tarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak bertebar. Apa yang penting adalah mutlamat. Bila kita bercakap kuat semua orang dengar akan jadi polemik. Adalah mustahil sebuah kerajaan dan kepimpinan yang adil tidak melayan sebarang tuntutan mengenai pendidikan masa depan rakyat. Bagaimanapun ia bergantung kepada kemampuan kerajaan. Tetapi jika gempar ia akan menjadi segala rancangan sangkut. Selanjutnya,  terpercik muka sendiri dari pihak yang memusuhi kita. Tengok katanya.......

Kadang ada isu yang kita baik pada bangsa kita, ditafsir tidak baik pada bangsa lain. Adakala ada isu yang boleh menguatkan parti kita, akan melemahkan parti kawan kita. Kita bukan seperti PAS dengan DAP tidur sebantal mimpi lain-lain. Rakyat melihat kebodohan N Ajis dengan Kapal singa. Apa yang penting adalah hasil dari perundingan kita. Jika kita bernada terlalu kuat, 350 juta itu belum tentu habis dibelanjakan. Sebab, yang melaksanakannya bukan kita. Tapi pada tangan pegawai-pegawai yang bertingkat-tingtat. Mereka punya helah bermacam-macam. Percayalah...

Apa yang penting? Presiden MCA sentiasa dijemput Majlis pecah Tanah sana, pecah tanah sini, rasmi sekolah baru sana, rasmi sekolah cina sini. Pada pada waktu itu masyarakat dengan sendirinya faham MCA buat kerja, Kerajaan perihatin dan bermacam-macam pengertian lagi menjadi tafsiran kebaikan. Jika kita jerit kuat-kuat, muka TV, Akhbar yang pecah, bloggers menggila jangan main-main  Bapak Presiden!. Kami juga penyokong kerajaan, kami faham BN mesti dikuatkan tetapi kalau empang sudah pecah kami pun terpaksa mengalir hala kelaut, siapa pun kami redah asal bertentangan dengan arah alir kami.

Sebagai sahabat dalam BN, saya cadangkan isu-isu yang beremosi tinggi cuba berundinglah Presiden dengan Presiden. Cari masa sesuai, bincang hati kehati. Kita jaga semua yang penting matlamat kita yang sama itu berjaya. Kuatkan MCA kerana pilihan raya sudah hampir. Kita mesti menang.

Tiada ulasan: