SELANGOR- KUOTA 30% RUMAH DIHAPUS - MELAYU BALIK KAMPUNG



Kerajaan PKR Selangor tetap berdegil mahu menghapuskan kuota 30% peruntukan untuk bumiputera sebagai syarat pemaju membina rumah-rumah dinegeri ini.

Usaha ini bertujuan bagi meminggir orang melayu dari memilik rumah terutama dikawasan bandar. Memang benarlah jika rakyat negeri ini mendakwa Pakatan tidak cuba seimbangkan antara rakyat yang tidak mampu dengan mereka yang berada. Kebetulan yang kurang mampu, berpendapatan rendah itu adalah melayu.

Dengan perbuatan curang itu, Melayu semakin lama semakin terhakis dikawasan bandar.Walaupun pembuat keputusan adalah Melayu tetapi mereka sudah murtad melayu beb!.

Dasar 30% itu asalnya disyaratkan kepada pemaju membina rumah kos rendah dan serdahana rendah. Setelah siap dibina, pemaju mestilah menjual rumah-rumah tersebut kepada senarai nama yang ditetapkan oleh kerajaan menerusi pendaftaran rakyat diJabatan perumahan negeri. Jika syarat itu tidak dipenuhi maka kerajaan tidak meluluskan permohonan pembangunan tersebut.

Kerajaan PKR lebih mendengar desakan pemaju supaya tidak diadakan sistem kuota bagi memudahkan mereka  membuat-rumah bernilai tinggi bagi mengaut keuntungan tiada had. Dengan cara itu melayu tidak mampu beli akhirnya berpindah kepinggir bandar.

Tindakan ini bagi menghapus kuasa politik Melayu dikawasan bandar. Usaha dungu ini  telah dilakukan oleh pemimpin BN berkepentingan sebelum ini atas alasan  mengejar pembangunan. Tetapi boleh dikawal lagi. Bila PKR datang menampakkan lagi melayu PKR lagi tolol dan tak boleh Melayu bergantung harap.

Berbagai pihak mendesak supaya tidak diteruskan penghapusan itu, tetapi kerajaan negeri seakan-seakan tidak perduli desakan rakyat (melayu). Bagi terus jerlah pada mereka dan melayu semua balik kampung. Itulah tempat asal melayu. Orang melayu tak boleh duduk dibandar sikit mudah lupa diri asal usulnya.

Pas itu teruslah kempen supaya melayu jangan fikir hal dunia, fikir akhirat jer. Serah jer dunia ini pada orang kafir.

3 ulasan:

Anonymous berkata...

Sungguh tak sangka, Khalid Ibrahim dulu CEO PNB, untuk tolong orang Melayu. Hari ini dia sendiri tikam orang Melayu.

Anonymous berkata...

dia orang punya kalimah, aku naik juling mata bila tengok duit banyak masuk dalam akuan aku, aku tibai la utk piut -piut aku. apa peduli, janji masukkkk duit. kalu dapat kat org lain macam tu juga. masih adakah pemimpin yg mementingkan agama, bangsa dan negara melebihi keluarga dan sahabat handainya? baik aku sapu dulu. rakyat juga yang mampusss.

Anonymous berkata...

PR=DAP=PKR=PAS=Nak bela melayu?kahkahkah....