PERUBAHAN ZAMAN - BERLAGAK KAYA TIDAK LAGI DISENANGI SEBAGAI PEMIMPIN


Zaman telah berubah beb!. Rakyat generasi baru dan lama total berubah beb !. Mereka tidak lagi suka pemimpin yang belagak kaya beb !. Mereka suka kepimpinan serdahana sama dengan orang ramai dan berjuang untuk rakyat beb. Bukannya dapat jawatan hanya untuk tembolok sendiri beb!.

zaman menunjuk-nunjuk 1990 an sudah berakhir beb. Zaman pemimpin dapat jawatan untuk mengisi tembolok sendiri sudah dimamah zaman.  Namun masih ada lagi tidak sedar dan terus mengamalkan budaya itu walau pun sudah dibenci rakyat beb !.


Pada era 90an, ketika Malaysia dikenali dengan julukan 'Harimau Asia', tokoh korporat ramai yang menceburi politik. Pengundi juga suka melihat pemimpin mereka kaya. Dalam UMNO semacam menjadi trend, golongan mempunyai wang layak memimpin bahagian dan MKT. 

Menjadi trend juga pemimpin menunjukan kejayaan mereka sebagai pribumi yang berjaya dengan memperagakan kereta-kereta mewah. Makin besar dan mewah kereta mereka, makin mereka diterima di bahagian-bahagian dan cawangan. Akan ternganga mulut pengundi melihat 'succes story' kelinci percubaan kerajaan membuktikan 'Melayu Boleh'.

Malangnya, 'success story' ini tidak lama. Selepas serangan ekonomi 1997, beberapa gergasi korporat Melayu seperti Halim Saad dan Tajudin Ramli menjadi dwarft. Begitu nasib yang menimpa mereka, juga menimpa 'orang-orang kaya' UMNO yang mendapat faedah dari dasar 'rent-seeker' dan 'patronage'. 

 Terus baca HERE >>> 



2 ulasan:

Anonymous berkata...

Orang Melayu sejak zaman belum Hang Tuah pun memang tak boleh tengok bangsa sendiri senang dan kaya raya. Zaman tu belum ada UMNO tapi HASAD DENGKI, MENGHASUT, FITNAH dan MENGADU DOMBA telah ada...maka jadilah Bangsa mereka merempat di tempat sendiri.

Bila Orang Melayu Kaya sikit mulalah ramai yang berkokok. UMNO/Tun Dr. M ada visi tersendiri dan ingin cuba menolong bangsa Melayu supaya punya apa yang bangsa lain punya. Diadakan MARA, FELDA dll supaya orang Melayu boleh berniaga dan berharta. Kemudian ada ASB/ASB supaya orang Melayu boleh beli Saham, merasa jugalah main saham kalau pun tak direct. Terasa jugalah Tempias nikmat kekayaan Ekonomi negara dengan kecil2an.

Tapi orang Melayu memang susah nak berSyukur dan berpandangan jauh. Mereka RELA baca sahaja bahawa yang terkaya di Negara Mereka sendiri, tanah air mereka sendiri adalah bangsa lain. Biarlah..jadi "Ahmad" tokey tokey Billionaire Cina dan India. Kalau tak jadi driver jagi Bodyguard pun tak pe.

Kalau ada je namanya MELAYU kaya sikit mulalah mereka resah. Cuba cari jalan dan kaitkan dengan UMNO. PUAS hati mereka bila seorang dua Melayu lingkup jatuh dalam perniagaan. BARUlah mereka LEGA.

Dalam pelajaran pun begitu. PUAS Kerajaan Nak Tolong orang Melayu. Bermacam2 bantuan biasiswa dalam macam nama TAPI apa yang Jadi? PAS dan PKR Melayu kacau pula penuntut University. Diracuni fikiran Pelajar muda Melayu yang sepatutnya BELAJAR BERSUNGGUH2 dan berTERIMA KASIH kerana dapat menjejakkan kaki di menara gading.

Jadi orang Melayu memang tak boleh punya apa2. Ada sahaja Syak waSangka. Adalah komplot nak menjahanamkan orang Melayu. Biarlah semua Melayu duduk rumah teres dan flat sahaja. Parti time boleh kerja rumah banglo Cina dan India jadi Amah dan tukang kebun. BARUlah semua puas hati.

gopi berkata...

hallo bro, memang kita suka orang melayu kaya wei tapi jangan berlagak wei.. belum jadi pemimpin papa bila dapat jawatan muka hilang dok sapu rata. orang punya pun sapu.

Kalau mau kaya, tak payah jadi pemimpin wei.. kalu dah kaya jadi pemimpin orang tak gaduh mei.. itu hakikat sekarang mereka tak suka orang berlagak .

Kkalukaya tak libatkan rakyat hanya meniaga je bantailah. Ini nampak sangat gunakan rakyat untuk kaya dan sapu siang malam.