Datuk Sri Abdul Wahid Omar CEO Kumpulan Maybank mengatakan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah menulis surat kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad Pengerusi Felda memohon maaf beb!. diatas kata-kata kesat beliau kepada Tan Sri Mohd Isa.
Datuk Seri Abdul Wahid mengatakan bahawa itu pandangan peribadi Zafrul sahaja disokong oleh Dr. Zainal Aznam M Yusof dalam satu forum badan pemikir tempatan. Beliau dengan lantangnya mencalar imej Tan Sri Isa kononnya dikaitkan dengan pasaran saham jadi tidak menentu kerana perlantikan Tan Sri Isa pengamal rasuah dan politik wang.
CEO kumpulan MayBang itu harus sedar, walau pun beliau menulis surat maaf atau membuat kenyataan terbuka kerana kenyataan peribadinya, tetapi ia tetap menjadi persepsi rakyat bahawa dia membawa imej MayBang. Sama juga, DR. Zainal Aznam ia tetap membawa imej MPEN. Imej Maybank tetap tercalar dengan salah laku pegawai kanan Maybank itu. Ia menyentuh sentimen pro kerajaan.
Tan Sri Isa sebagai seorang yang sentiasa memaafkan dan baik hati secara peribadi pasti memaafkan tetapi pro kerajaan sukar menerima semudah itu beb. Jika Datuk Wahide terus melindungi CEO INVESTMENT itu, akan banyak hal pulak Datuk Sir Wahide pula terkeluar nanti. Dalam dunia, ini kita ibarat berada didalam sebuah rumah kaca. Kita fikir orang lain tidak nampak apa yang kita silap, Tetapi sebenarnya kita tidak boleh berselindung.Orang macam kami ini, semut ada, helang ada, ular ada, hantu ada, kuala Lumpur ada, Jakarta ada, Bangkok ada, London ada, LA ada, macam-macam ada.
Terus terang dikatakan bahawa Tan Sri Isa tidak dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang tetapi melanggar etika pemilihan parti kerana mengadakan perjumpaan dengan perwakilan. Bukan atas kesalahan rasuah. Tetapi beliau telah menjadi 'kambing hitam' konspirasi politik Nepoleon kecil berjiwa besar pada waktu. Fahamkan siapa dia itu?.
Keharmonian kepada pro kerajaan, Zafrul harus ditangani secara 'sesuai' bagi agar semua pihak rasa selesai dan menjadi pengajaran kepada pihak lain kerana isu ini sudah menjalar dijiwa rakyat.
Blog mafia pro G.
Blog mafia pro G.
4 ulasan:
Betul RK. kalau begitu senanglah, bantai kerajaan cukup lepas tu minta maaf. Selesai. Cantik punya cara...!.
Tulis surat minta maaf tu perkara mulia, tapi bila pulak nak betulkan statement berkaitan pasaran saham jadi tidak menentu kerana perlantikan Tan Sri Isa pengamal rasuah dan politik wang?
T. Zafrul ini bukan pro kerajaan kot.Tanya dia bro mengundi kat mana? Selalunya org yang tak mengundi ni yang menikmati kemewahan,kekayaan dan sebagainya. Ini yg pro kerajaan marah..satu apa perjuangan pun tak ada...makan laba lebih lepas tu kutuk pula org kepercayaan kerajaan dan dipilih rahyat. apa barang org mcm ni. keluarkan saja TZ ni dari maybank..atau saham kerajaan yang di keluarkan.
Yes you are wright dismiss him from CEO MBB Investment. He is libility bro. Wahid Should know how to do bro. !!.
Catat Ulasan