jangan pelihara musang jika mahu telur emas angsa
1.2 juta Penjawat awam patut bersyukur menerima bantuan khas kerajaan RM500 kerana kerajaan bukan agensi perniagaan yang memberi bonus berdasarkan turun naik keuntungan. Besar untung, besar bonus. Jika satu bulan bonus kerajaan harus korban 3.1 bilion sebagai perbelanjaan lebih dari pendapatan negara. Maka dua bulan yang dituntut itu RM6.2 bilion boleh jadi negara akan bangkrap.
Setahun kerajaan belanja kira-kira 40 bilion hanya untuk bayar gaji tidak termasuk belanja mengurus yang lain lagi. Anggota kerajaan harus sedar segala nikmat yang diperolehi adalah sumbangan rakyat melalui berbagai bentuk cukai, kenaan atau charges, denda dan lain-lain lagi. Ia tidak boleh disamakan dengan penjawat swasta yang diperah otak dan tenaganya untuk mendapatkan keuntungan.
Jika syarikat untung mereka akan diberi bonus. Itu pun jika majikan tidak kedekut dan banyak songel. Jika syarikat rugi mereka dipotong gaji atau terus diberhentikan. Lain dengan anggota kerajaan tidak ada risiko sedemikian. Malah jika bersara mendapat pencen pula. Begitulah hidup jika memilih makan gaji, ia sentiasa serdahana. Jika melompat tinggi akan koyak seluar.
Tidak ada profesyen yang paling selamat dari menjadi anggota kerajaan. Ia tidak boleh jadi kaya tetapi boleh senang. Jika ingin kaya itu bukan tempatnya. Ada yang jadi kaya dengan rasuah. Tetapi jiwa tidak tenteram dan kehidupan tidak berkat. Kita nampak mereka senang tapi sebenarnya jiwa mereka melarat.
Oleh itu anggota perkhidmatan awam jangan terlalu memikirkan pendapatan selain dari gaji. Jika ada bonus atau apa sewaktu dengannya anggaplah ‘duit terpijak’ untuk jadi rezki yang halal. Sebaliknya berkerja keras, berhemah dengan rakyat yang menjadi sumber hasil kerajaan. Jika ibu angsa itu dipelihara dengan baik pasti ia suatu hari saudara akan mendapat telur emas. Janganlah dalam masa memelihara ibu angsa dalam masa yang sama memelihara musang. Anda akan tidak akan mimpi telur emas lagi. Itek angsa yang takut telurnya akan sambang.
1 ulasan:
Salam bro, pemberian bonus adalah suatu bentuk ganjaran dan penghargaan kepada kakitangan awam.
Dengan pemmberian bonus, seluruh anggota kakitangan awam di peringkat pertengahan dan bawahan akan merasa dihargai dan akan menjadi perangsang kepada semuanya untuk terus berusaha bagi melonjakkan prestasi perkhidmatan. Hanya kakitangan awam sahaja yang faham erti nikmat memperoleh bonus....
Catat Ulasan