Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis yang baru didesak benar-benar serius tangani 'pemutihan' gangstrisme disemakin meningkat dengan kejam dan kebinatangan yang luar biasa beberapa tahun kebelakangan ini.
Datuk T. Murugiah Timbalan Menteri JPM menggesa supaya Menteri KDN turun Padang jika serius mahu menghapuskan jenayah berat semakin berluasa sekarang.
" Jangan membagi ruang walau seinci pun kepada suspek untuk melepaskan diri kerana mereka merupakan insan kejam yang tidak berhati perut" kata T.Murugiah.
T.Murugiah mahu supaya penjenayah 'dihapuskan terus' dan bersungguh-sungguh kalau boleh tidak berbaka. Begitu maksudnya.
KDN harus menyingkap kembali rekod Kepolisan bagaimana penghapusan kumpulan gangsterisme 'Botak Chin' dan seangkatan dengannya satu ketika dahulu yang telah mengubah rasional mereka kealam perniagaan.
KDN juga, menyemak bagaimana Singapore, Indonesia dan Thailand melaksanakan pemutihan 'tanpa soalan'. Mereka berpendapat bahawa sebanyak mana soalan bisa terjawab kerana setiap tutur banyak tafsiran.
3 ulasan:
Tengok muka Hishamuddin di atas buat aku risau. Bolehkah orang ini menangani masalah negara yang semakin ketara hebatnya ini?
Kena herdik dengan Cina dalam isu cium keris pun dah tak tentu arah jadinya!
Betul kata the Clown tu, Hishamudin amatran saja lebih sebab itu orang panggil dia Mr Warning.
di saran kan guna ISA.
jgn dibiarkan ISA sebagai amaran ja
Catat Ulasan