JANGAN PERCAYA JAMINAN PERTAHAN KEPENTINGAN MELAYU PAKATAN



Orang melayu jangan terpedaya dengan gula-gula Pas dan Pakatan kononnya mereka mempertahankan kepentingan Melayu jika mereka berkuasa  selepas PRU 13.

Slogan itu perlu didengar telinga kanan, keluar telinga kiri sahaja. Pas sejak merdeka lagi tak sebut langsung kepentingan membela Melayu. Begitu juga PKR. Sekarang mereka berpakat dengan DAP mahu menipu melayu supaya terpedaya dengan janji-janJi mereka.

Setelah puas jual agama, sekarang mereka menjual Melayu pula. Nik Aziz cakap lain, Hadi cakap lain, Saifuddin Nasution cakap lain. Mereka tidak boleh berkata jujur kepada orang Melayu kerana semangat yang ada dfihati mereka tidak ikhlas dan tujuan hanya memperdaya.

Tidak ada bukti mereka boleh mempertahankan kepentingan melayu, sebaliknya semua perkara untuk menjahanamkan melayu. Lihat sahaja apa yang berlaku diPulau Pinang. Orang-orang Melayu-Islam  diusir seperti anjing oleh DAP, adakah Pas dan PKR bersuara ?. Apa yang diketahui mereka mengangkat ibu jari kepada DAP.

Selepas beberapa Pilihan raya Kecil, sokongan Melayu kepada Pas dan PKR jatuh berdentum, Kemenangan PRK Hulu Selangor,  Galas menjelaskan gelombang orang Melayu menolak Pakatan maka jika Pas dan PKR   tidak cuba menarik dan memperdayakan semula sokongan melayu Pas dan PKR pasti mengalami situasi teruk  PRU 13. 

Oleh itu, mereka terpaksa meminta kepada DAP supaya tutup telinga dan buat-buat 'sporting' supaya mereka dapat bercakap tentang kononnya mempertahankan kepentingan Melayu. Mereka berpakat agar kemarahan orang Melayu dikendurkan sementara. Setelah mereka menang nanti, dendam mereka kepada orang Melayu diteruskan.

Harus diingat bahawa didalam agenda perjuangan Pakatan tidak sepatah pun dalam kamus mereka menyebut perkataan Melayu. Jika mereka serius pindalah perlembagaan parti mereka dahulu, itu pun masih diragui. Lihat sahaja, cakap soal kepentingan Melayu dalam masa yang sama menghentam DEB kononnya DEB telah meminggirkan kaum lain dinegara ini.

Padahal, kerana DEBlah ramai dikalangan bukan melayu kaya raya. Lihat sahaja senarai 20 orang terkaya diMalaysia. Sipakah mereka itu. Berapa kerat orang Melayu?. Lihat dibandar-bandar siapakah yang punya harta ?. Itulah limpahan dari DEB. Sebelum DEB, semua bandar diMalaysia seperti tempat kucing beranak belaka.

Justeru itu, apa pun cakap-cakap Pas , PKR dan DAP dengar boleh, pakai jangan !. Nawaitu mereka hanyalah untuk menipu orang Melayu untuk mendapatkan undi PRU 13.

PAS ITU ZINA
ISLAM ITU UMNO
PKR ITU LIWAT
DAP ITU KOMINIS


1 ulasan:

Anonymous berkata...

DAP adalah parti proksi singapork.duwujudkan untuk menghuru-harakan malaysia supaya malaysia x dpt bersaing dgn singapork.DAP wajib diharamkan.