191 KETUA UMNO PERLU BERCAKAP BENAR JUMPA PM SABTU INI

                                KB disabah

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur, Setiausaha Agung UMNO maklum Presiden Parti akan berjumpa dengan 191 Ketua UMNO Bahagian hari Sabtu ini beb !. Tunggang langganglah Ketua UMNO Bahagian berkejar nak jumpa PM nanti.  Ada yang datang dua hari sebelum dan dua hari selepas keKL beb !. Semua jadi 5 hari.. hahahah.

Ada juga yang hebat lagi, lepas jumpa PM terus hilang seminggu, aleh-aleh ada orang jumpa diMedan beb tengah ronggeng dang dut. Lagi licin  huah..huah..huah.. bukan apa katanya sesekali keluar kawasan, buang pening. Berehat main golf. Malam pasang aktiviti lain. Mereka kata apa salahnya, bukan hipokrit macam AnuWear, malam beronggeng siang hari jumaat baca khutbah. Yer tak yer jugak yeh .. ek.

Ahli-ahli UMNO dikawasan pun tak marah boss hilang, kerana jumpa PM. Tentu nanti bawa balik cerita bagus beb !. Anak buah tunggu boss balik ada cerita sedap jumpa PM. Mula-mula mereka tanya ?. macam mana muka PM bila nampak muka boss?. Nampak PM happy ker?. Apa PM cakap?  Ada peluang lagi ker bertanding? .  ek..

Wo .. mesti jawab PM ceria beb!. Happy, jumpa lama pada orang lain. Orang lain 3 minit, tapi dia setengah jam !. Kemudian kena beri tahu anak buah, suruh buat kerja kuat-kuat, boss bertanding lagi. Tak bole cakap tak firm beb !.  Kalu mereka was-was semua nak angkat kaki untuk lari cari orang baru yang akan bertanding pulak. ek.

Gue pesan sama lo Datuk-datuk, cakap terus terang pada PM. Jangan bohong. Atas meja PM ada lapuran sulit dari berbagai agensi yang melapur prestasi ketua Bahagian. PM hanya nak sahkan saja dari mulut KB sendiri.

Ada  Ketua Bahagian yang separuh nyawa tuh eluk serah diri jer pada PM beb !. Jangan lebih-lebih. Mana yang lama sangat tuh eluk minta berundur jer beb, sebab rakyat dah jemu macam rakyat Mesir jemu pada Mubarak dah. Jangan sampai kalah dalam PRU, lagi hancus. Segala jasa akan dilupakan dan cemuhan yang dapat sampai kemati. ek.

itu gue pesan, mau pakai, terserah lah tak pakai pun lantaklah !. ek..

2 ulasan:

Anonymous berkata...

Aku berani jamin, mesti ada yang hipokrit masa jumpa PM. Berlakon macam tempat sendiri ok.

Anonymous berkata...

ramai ketua bahagian yang hipokrit, lapuran cantik tapi isi kosong bro.