KENAIKAN HARGA MINYAK - KERAJAAN TIDAK DAHULUKAN RAKYAT



Menteri hanya fikir untuk jimat 1.18 bilion sahaja.Dalam kedaan rakyat menghadapi kos sara hidup tinggi, lagi berhadapan dengan kenaikan harga barang untuk hidup.

Jangan ingat kenaikan 5sen harga petol RON 95 - 1.85 sen dan diesel keparas 1.75sen itu tidak ada kesan kepada keseluruhan harga barang keperluan. Harga minyak naik 5 sen tetapi barang akan naik berpuluh-puluh sen.

Bukan gula saja yang naik 20 sen, semua barang akan naik kerana minyak petrol dan diesel adalah nadi kepada semua harga barang. Dapatkah menteri mengawal harga seluruhnya?. Jika dapat,  hanya sementara. Jika sudah naik, minyak turun harga pun harga barang tidak undur juga.

Rakyat merasakan baru lagi kerajaan menarik subsidi sebanyak 5 sen (1.18 bilion). Ini tarik lagi. Berapa kali setahun mahu naikan harga?. Kenaikan dahulu masih tidak stabil lagi, datang pula yang baru !.

Jangan bandingkan dengan negara jiran lain. Mereka boleh stabil harga minyak dengan harga lebih tinggi dari Malaysia. Tetapi sara hidup di Thailand dan Idonesia jauh lebih rendah dari Malaysia. Mereka boleh hidup dengan pendapatan bawah RM400.00 wang Malaysia.

DiSingapura pula, pendapatan rakyatnya tinggi. Mereka pula tidak terikat dengan masalah pengangkutan. Masyarakat bergerak dengan kenderaan awam. Pasar-pasar mereka semua barang keperluan boleh dikawal, negara itu kecil.

Hujah perbandingan itu tidak relavan. Cuba bayangkan rakyat pendapatan kecil yang terbesar dinegara ini. Mereka sangat menderita dengan kenaikan harga yang bertali arus. Mereka kekurangan zat makanan.

Rakyat mungkin berdiam diri, tetapi akan jadi api dalam sekam. Makan didalam.

Tiada ulasan: