BRO ROKY'S KELIHATAN BENAR


Seorang anak menteri Angkasa rapat dengan anak Dato' Looh dari Bahau Negeri Sembilan. Keluarga Looh ini mempunyai ladang yang luas di Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah.


Keluarga Looh ini rapat dengan ramai Menteri-menteri Kabinet termasuk seorang Gabenor negeri diMalaysia.


Salah seorang anak Dato Looh ini adalah Dato Edmund Looh rapat dengan Kepala Menteri Sabah.


Adik kepada Dato Edmund Looh ialah Desmond Looh Siong Chees rapat dengan anak menteri Angkasa.  Desmond Looh sering bermain badminton dengan Datin  isteri  dan  Menteri Angkasa itu sendiri pada setiap hujung hari minggu. Oleh kerana rapat hubungannya, Desmond Looh panggil menteri Angkasa itu 'uncle'.


Oleh kerana rapat dengan keluarga menteri berkenaan maka mudahlah Desmond Looh ambil kesempatan mendekati pegawai-pegawai kementerian dan mengatur anak menteri dan anak pegawai berkawan untuk mencapai agenda tersembunyinya. Desmond Looh melayan kehendak budak-budak itu apa yang mereka suka.


Oleh kerana rapat dengan menteri maka ramailah sayarikat-syarikat besar yang berkepentingan dengan kementerian Angkasa, ingin merapati Desmond Looh ini.

Ehh... Brother Rocky's Bru Apa pula Malaymail ni. BACA SINI

Tiada ulasan: