PILIHANRAYA DALAM MASA 30 BULAN DARI SEKARANG

JANGAN UMNO SAHAJA

Lawatan TPM YAB. Tan Sri Muhyidin Yassin kePahang telah bertemu dengan barisan pinpinan seluruh Bahagia-bahagian dinegeri ini bagi melihat sendiri apa yang tersirat didalam BN Pahang. TPM memberi signal bahawa PRU 13 akan diadakan pada bila-bila masa dalam tempoh 30 bulan dari sekarang.

Menteri Besar Pahang menjanjikan bahawa BN Pahang masih mantap untuk menghadapi PRU 13. Membuat andaian 60% melayu berpecah tiga, golongan 40 peratus akan menang. Dengan itu tanpa mengambil kira perbezaan puak, pendapat, fahaman politik melayu harus bersatu.

Tan Sri Muhyidin memberitahu bahawa setiap program di Bahagian Paguh melibatkan semua parti-parti komponen bersama bagi menyemai rasa dan tanggung jawab mengukuhkan BN dan tidak masing-masing hal.

Komen  sangkakala:

1. Adakah Pahang sudah mengorak langkah seperti Pagoh ? rasanya belum lagi. Tunggu bila? baguslah jika BN bergerak bersama lebih awal. 30 bulan bukan lama. Tidak payahlah tunggu arahan atau tukul yang lebih atas baru mula bergerak.

2. Jika ada PM, TPM turun kenegeri dan Bahagian panggilah juga Parti komponen BN bersama jangan UMNO sahaja. UMNO tidak menang sendiri sebaliknya memerlukan semua sokongan anggota BN. Contohnya, baru ini bila PM datang keJerantut mengapa tidak diatur bersama BN sekejap!. Hatta TPM turun kekuantan, mengapa tidak dipanggil BN sama?.

3. Jika UMNO bergerak bersama komponen parti sebarang masalah atau ketidak sefahaman boleh diatasi. Lagipun, BN memerintah sumber kewangan bolehlah dikongsi bersama. Kalau MIC, PPP, Gerakan  malah MCA sendiri hendak bergerak mereka cuba korek dimana?.

4. Sebenarnya jaminan 'mantap' itu hanyalah satu manis mulut untuk menyedapkan orang diatas sahaja mendengarnya. Tetapi jangan sangka mereka gelap. Mereka ada lampu suluh. Jika Ketua Bahagian kata "beres... beres...." MB akan senyum sahaja mendengarnya kerana apa yang dilapurkan kepada MB 'berserabut'. Begitulah orang diatas, sebenarnya mereka sebelum datang sudah ada maklumat. Hanya hendak mendengar sendiri sahaja. Kalau orang bawah boleh nampak, orang diatas lagi cerah teropongnya.

5. Lapuran sahaja tidak berguna. Kukuhkan BN. Kerja kuat.




Tiada ulasan: