SIAPA GANTI WAN AMIZAN DUN TAHAN?

PERBANDINGAN EMPAT CALUN DUN TAHAN


Sangkakala pakai teropong buluh  keempat-empat calun PRU 13 bagi DUN Tahan. Secara ringkasnya akan dikemukakan secara bersiri dari masa kesemasa. Antara Wan Shamsuri, Hartini, Razali Hamzah dan Razali Sulaiman tentang masa hadapan mereka atas asas 'kemampuan' mereka dari pandangan umum. Masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Sejak isu ini berlegar banyak penilaian keatas keempat mereka dikedai kopi, disabak kenduri kahwin dan perbualan kosong petang-petang dikampung-kampung seluruh ceruk Jerantut. Ada diantara mereka mahukan Wan Shamsuri untuk ganti Wan Amizan. Ada yang fanatik pada Wan Shamsuri sudah menepuk meja hingga gelas jatuh berdarai kelantai. Tokey kedai caj tiga kali ganda kerana minum tea makan dengan gelas sekali.

Wan Shamsuri seorang Penghulu yang asal dari Ulu Tembeling. Anak kepada Wan Abdul Jalil yang popular dalam tahun 60-70an. Sebelum jadi Penghulu seorang Pembantu Perubatan Kanan diHospital Jerantut dan persekitaran daerah ini. Personaliti agak baik, tidak ada isu-isu yang contraversi. Peralihan tangan dari Wan Amizan boleh berjalan lancar kerana antara mereka ada tali persaudaraan. Saudara mara tidak akan menolak Wan Shamsuri. Pengalamannya sebagai Penghulu dengan masyarakat tidak boleh dinafikan. Pendidikan diploma perubatan, lebih baik dari Wan Amizan yang hanya Tingkatan dua ( Bagaimanapun ada ijazah sarjana photostate dari Chelsire, England). Wan Shamsuri pernah cuti tanpa gaji untuk berniaga tetapi tidak menjadi dan sekarang balik jadi Penghulu.

Bagaimanapun, orang ramai mengatakan Wan Shamsuri boleh menjadi wakil rakyat jika dapat mengubah sifat 'elit dan sangat protokol' agar lebih mesra rakyat.Kedua, tidak memilih orang tertentu sahaja untuk didekati sebaliknya bergaul dengan semua orang. Jika perangai ini boleh diubah dia boleh 'jadi orang'. Tiga yang lain kemudian tak cukup ruang lagipun lambat lagi. Tapi boleh pasang badan sekarang!. Sedia duit, jangan berlagak kerana rakyat benci orang tak sedar diri macam ADUN sekarang.

Tiada ulasan: