PANAS BERAPI- WANITA JASIN MERAJUK TAK NAIK CALON


                                zaleha bujang (kiri)

Ketua Wanita UMNO Jasin, Zaleha Bujang kecewa kerana pucuk pimpinan parti tidak memberi peluang calon wanita untuk bertanding PRK Merlimau. Tersinggung kerana suara wanita tidak didengari walau pun menunjukan signal menerus gelombang merah tempoh hari.

Dengar sini kak Oii.., Ini pilihan raya kecil macam-macam hal boleh jadi. Semua calon kena periksa wei.. PRU lain sikit sebab yang bertempur sesama dalam kawasan parlimen masing-masing sahaja. Orang lain sibuk dengan kawasan masing-masing.

PRK, dunia semua buka mata. Lihat sahaja Tenang. Apa jadi pada keluarga calon wanita itu?. Salah laki dijadikan isu. Salah anak ditanggung oleh parti. Salah emak ayah, adik beradik semuanya diletak atas parti. Terbarai semuanya. 

Cuba renung diri siapa calon wanita yang hendak jadi calon itu. Kita tidak sedar orang lain menilai kita wei... ek. Ada banyak agensi suluh kita. Seluar dalam kita jemur pun mereka suluh wei.. anak kita pun mereka suluh,, suami pun mereka kaji satu-satu. Salah laki kita pun jadi salah parti. Kadang-kadang kita tak sedar bila laki kita keluar depa buat hal hahahaha..

Tiba-tiba orang usung GRO atas pentas kata ini pompuan simpanan laki kita.  Parti terlentang nak jawab... Kita sangka laki kita duduk dirumah pijak semut pun tak mati, baik sangat. Rupanya ada diam-diam ubi kakak oii.. Itu satu contoh.

Jadi jika tidak dicalon dalam PRK itu ada hikmahnya. Janganlah tersinggung sangat. Kalau jadi calon datang buat masalah buat apa?. 

Ini nak sangat jadi calon, ada yang isteri hantar balik kampung berbulan-bulan lepas itu simpan GRO buat apa?. Ada yang berkerja dengan kerajaan,sebagai Boss,  pembangkang dok tunggu nama dia naik nak dedah macam-macam selewengan. Ada yang nak jadi calon dok pecah semua pemuda jadi haru biru, sampai ketua Pemuda tak berani keluar, itu semua diambil kira. 

Gue malas sebut fasal wanita. Ada masalah juga. Kalau Gue sebut tak baik.  Jadi eluklah kalu wanita tidak naik nama. Jika tidak terbarai habis. Wanita  kena tau bahawa nak bertanding itu dengan PAs, PIs, PUsing... kaki fitnah nombor satu dunia tau tak?.  Kakak tengok Kerdau, nama calon Pas belum keluar lagi dah buat fitnah kata calon BN  tak ada sijil dari Mesir !. Ek..

Memanglah kita rasa kecewa bila dah rasa kita patut dipilih, tetapi kita pandailah pujuk hati kita sendiri untuk pulihkan perasaan. Kalau kita fikir dengan positif akan hikmahnya kita tidak naik calon kita akan terima dengan terbuka. Apa-apapun Tuhan punya  kuasa. Qadha' dan Qadar.

Buat kerja bantu parti selagai upaya, bagi parti menang. Pergi menangis tepi Selat Meaka tu habis..habis buang lepas itu balik buat kerja. hahahaha ek.


2 ulasan:

Pokok berkata...

1 kenyataan yg menarik, kalau perempuan jadi calon untuk PRK, memang susah sikit. sebab senang nak dijadikan sasaran musuh. tengok macam normala di Tenang. Terlentang PAS kena balun, suami, mak dia semua jadi sasaran.. nanti calon wanita tu yang menjadi mangsa.

Anonymous berkata...

itu biasalah....
aku bukan nak memuji kaum wanita umno ni...
tapi..selama ini pengorbanan kaum wanita pada umno amat besar..
semua orang tak dapat nafikan.
mereka juga ada hak...setelah berpenat lelah berkorban...
kita tidak bolih ketepikan mereka.
mereka bukan minta banyak mana pun.
mereka punya sebab untuk merajuk..
tugas pemimpin kita lah untuk memujuk mereka..
kekadang wanita umno ni..macam bini kita dirumah juga...
ada yang mereka minta tak dapat mereka merajuk..
mereka tu kekadang hendak menguji kasih sayang kita pada mereka.
kaum wanita ini mahu dipuji dan manja2 kan..
walaupun mereka tidak dipilih...jangan lah kita langsung tak beri perhatian.
wanita umno dah lama berjuang..mereka dah matang..sesekali mereka merajuk..
kita pula jangan ego..pujuklah mereka...
kita tidak sanggup kehilangan kesetian mereka..
INSYAALAH...rezeki mereka tetap ada...harap mereka bersabar

ahli lama,umno